Pentingnya Kena Tahu Cara Larian Yang Efektif

Apa yang orang selalu fikir…..

Lari laju = Teknik larian betul
Lari perlahan = Teknik larian salah

Advertisement

Pendapat di atas ini ada betulnya, tapi tak semuanya tepat. Ok, pertama-tama sekali, apa sebabnya anda nak berlari?

Sebab nak masuk perlumbaan?
Sebab nak kurus?
Sebab nak masuk Sukan Olimpik?
Sebab nak ber‘selfie’ dengan medal?

Tak kisahlah apapun sebabnya, tahniah diucapkan sebab ada kesedaran untuk beraktiviti fizikal.

Kenapa Kita Perlu Berlari?

Secara amnya, berlari ni adalah antara aktiviti fizikal tertua di dunia. Samada cukup sifat atau tidak, asalkan ada kudrat, pasti pernah berlari atau dipaksa berlari sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Berlari atau berjoging ini adalah senaman kardio yang bertujuan untuk menguji dan memperbaiki stamina. Disebabkan ia mampu membuat jantung kita berdegup dengan lebih laju dan berpeluh lebih banyak daripada biasa, adalah lebih baik jika kita pelajari cara berlari dengan betul dan efektif juga.

Berlari boleh membakar lemak. Untuk yang nak kurus, ini pastinya berita baik untuk anda. Tapi ingat, pengambilan makanan yang seimbang pun sangat penting juga ya.

Mitos bahawa aktiviti larian boleh memudaratkan kesihatan sendi dan lutut sering dijadikan alasan utama untuk tidak berlari. Jangan risau, kerana ia adalah sebaliknya. Kajian mendapati golongan yang aktif berlari lebih sukar untuk diserang osteoarthritis selain boleh membantu menguatkan sendi dan otot dalam jangka masa panjang. Semua aktiviti fizikal adalah bagus jika diamalkan sesuai dengan kemampuan diri sendiri.

Malah, otak kita ketika berlari akan merembeskan hormon endorphin dan neurotransmitter yang boleh membuatkan seseorang itu merasa gembira. Jadi tidak hairanlah jika kita melihat ramai orang berlari sebelum atau selepas waktu bekerja. Badan yang sihat dan otak yang gembira semestinya dapat membantu mengharungi hari-hari kita dengan lebih baik.

Kepentingan Berlari Secara Efektif

Tapi tunggu dulu. Sebelum memulakan larian, adakah anda tahu cara berlari yang efektif? Ianya sangat penting untuk mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini dan mendapat hasil larian yang optimum. Untuk yang baru nak bermula, pastinya anda tidak mahu larian pertama anda sejak bertahun-tahun lama-lamanya berakhir dengan tragedi  (Oktober) bukan?

Selain itu, teknik larian yang efektif boleh membantu anda membina ketahanan dan mengekalkan tempo larian. Kedua-dua perkara ini amatlah penting jika ada perancangan untuk berlari pada jarak yang lebih jauh. Pembaziran tenaga juga dapat dielakkan seterusnya membenarkan anda untuk melangkah lebih jauh lagi.

Bagaimana cara berlari yang efektif ? Salah satu cara adalah dengan mengikut teknik larian Pose Method yang diperkenalkan pada tahun 1977 oleh Dr. Nicholas Romanov. Teknik ini boleh diaplikasikan dalam apa-apa pergerakan sekalipun. Dalam konteks larian pula, teknik ini digunapakai untuk menambahbaik cara latihan dan prestasi larian.

Pose Method® of Running merupakan satu model latihan yang diiktiraf dan digunakan di seluruh dunia. Di Malaysia, Run Fast Academy (RFA) adalah pusat kecergasan yang mempunyai modul dan ditauliahkan untuk mengajar metod ini.

Apabila teknik larian yang betul telah diaplikasikan, pastinya keyakinan akan bertambah dalam setiap langkahan seterusnya bolehlah memotong pelari di sebelah anda dengan bergaya.

Berita baik, RFA juga adalah penyedia latihan rasmi bagi KLSCM 2021 VR. Ada disediakan pelan latihan 5 minggu untuk anda yang sertai mana-mana jarak yang ditawarkan. Plan A untuk peserta larian jarak 5/10km dan Plan B untuk peserta HM/FM (21-42km). Sempat lagi ni kalau nak perbaiki teknik dan masa sebelum acara bermula 20-28 November depan. Latihan akan diberikan dari asas cara larian sehinggalah ke ilmu yang agak ‘advance’ seperti nutrisi dan ketahanan mental.


Paling best sekali, kelas boleh didapati dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris & Mandarin. Program latihan ini bermula dari RM59. Boleh lihat maklumat latihan dan untuk tempah slot anda di sini: https://bit.ly/klscm2021-training