Penjenamaan Semula NSL Berjaya Pikat Penyertaan Barisan Atlit Kebangsaan

Astro Bersama Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) buat julung kalinya memperkenalkan Netball Super League 2021 (NSL 2021) yang membuka aksi pertamanya di Stadium Juara, Kuala Lumpur bermula 19 hingga 11 April 2021.

Advertisement

Tampil dengan format perlawanan kumpulan, saingan NSL 2021 selama empat minggu bakal menyaksikan lapan pasukan berentap merebut kejuaraan edisi pertama, iaitu Johor Jewels, KL Wildcats, Selangor Angles, Perak Phoenix, Melaka Mystic, Negeri Sembulan Venom, Kedah Sunshine dan Pahang Tulips.

Kumpulan A terdiri daripada Perak Phoenix, Melaka Mystic KL Wildcats dan Kedah Sunshine. Manakala kumpulan B terdiri daripada Johor Jewels, Pahang Tulips, Negeri Sembulan Venom, Selangor Angles.

Menteri Belia da Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican berkata inisiatif Astro dan PBJM telah memberi nafas baru dalam sukan bola jarring dan juga pembangunan sukan wanita di Malaysia.

“Dengan adanya liga kompetitif dan berkualiti seperti ini, saya percaya pembabitan golongan wanita dalam arena sukan akan bertambah meriah dan kehadiran mereka mampu menyumbang kepada kemasyuran nama Malaysia di mata dunia”.

“Saya berharap NSL 2021 menjadi titik permulaan untuk sukan ini dalam memberi pendedahan dan pengalaman kepada semua pemain selain membantu mengesan bakat muda untuk diketengahkan,” katanya.

Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia, Alwiyah Talib menyifatkan NSL adalah platform terbaik untuk golongan wanita menonjolkan bakat mereka selain memberi kesamarataan peluang kepada mereka dalam penyertaan sukan.

“Sudah tiba masanya kita mempunyai liga sendiri jika ingin melihat sukan ini berkembang dan pergi lebih jauh. Nur Syafazliana Mohd Ali, kapten negara termasuk rakan pasukan kebangsaan lain seperti An Najwa Azizan, Karishma S Loganathan, Pow Mei Fong akan beraksi diantara 8 pasukan NSL nanti. Dengan adanya NSL pasti meniup kembali semangat dan prestasi skuad kebangsaan untuk terus memperbaiki raking negara”.

Katanya lagi, lapan pasukan yang bertanding adalah pasukan yang aktif yang di Malaysia setakat ini dan beliau percaya penambahbaikan akan dilakukan dari masa ke semasa untuk mempromosikan NSL ke peringkat global satu hari nanti.

iSportsAsia juga akan memberikan liputan penuh dalam kejohanan ini dan mengemaskini perkembangan terkini. Peminat juga boleh saksikan NSL 2021 setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam 5 petang pada 19 Mac 2021 hingga 10 April 2021 ini di Astro Arena.

#iSportsAsia #RULETHECOURT

Comments