PENGARUH CHAEBOL DALAM BOLA SEPAK KOREA SELATAN

Tahukah anda, kebanyakkan kelab bola sepak yang wujud di Korea Selatan pada hari ini bermula sebagai kelab bola sepak berpaksikan chaebol.

Secara ringkasnya, chaebol adalah konglomerat yang ditubuhkan bagi membantu Korea Selatan keluar daripada kemiskinan pasca-Perang Korea.

Advertisement

Hari ini, chaebol telah menguasai ekonomi Korea Selatan dalam segenap aspek. Malahan Samsung yang kita kenal sebagai gergasi telekomunikasi hari ini juga miliki syarikat insurans sendiri.

Antara kelab tersebut adalah Pohang Steelers yang dimiliki oleh POSCO dan Jeonbuk Hyundai Motor milik Hyundai Motor Company.

Jadi macam mana, kebanyakkan chaebol bisa memiliki kelab bola sepak pada ketika negara yang masih bernaung di bawah persatuan negara?

Sebenarnya, liga bola sepak Korea bermula agak lambat iaitu sekitar 1983 sebagai Liga Super Korea.

Ketika itu terdapat 5 pasukan yang beraksi dalam liga iaitu Yukong Elephants, POSCO Dolphins, Daewoo Royals, Kookmin Bank FC, dan Hallelujah FC.

Namun hanya dua kelab sahaja yang bergelar profesional. Menjelang tahun 1987, kesemua kelab yang beraksi di pentas tertinggi bola sepak Korea telah mencapai tahap profesional lebih awal dari kelab di Malaysia.

Memasuki tahun 1998, Liga Super Korea telah dijenamakan semula sebagai K-League dengan senarai kelab profesional semakin bertambah menjadi 22 kelab.

Bermula dari situ, kesemua kelab berasaskan Chaebol telah menukar nama kepada tempat mereka bertampak bagi membentuk fanbase.

Bermula sejak itu, kita pasti akan terbiasa dengar beberapa kelab yang masih mengekalkan nama kelab bersama kawasan komuniti.

Sebagai contoh adalah Suwon Samsung Bluewings dan Ulsan Hyundai.

Di Malaysia pula, kelab apa yang dimiliki oleh syarikat besar tapi memiliki fanbase yang kuat. Ada ke?

#iSportsAsia

 

Comments