Acap kali kita mendengar tentang pendapatan pemain bola sepak profesional yang menerima gaji puluhan ataupun jutaan ribu.

Sering kali kita terpikir adakah ia berbaloi untuk dibayar setinggi itu. Sudah pasti kita beranggapan bahawa mereka kurang layak menerima gajin yang tertinggi dalam industri sukan.

Advertisement

Mengikut data yang dikeluarkan oleh Forbes, pemain-pemain bola sepak bukan sahaja tidak menduduki tangga pertama bahkan bukan sukan yang memonopoli pendapatan yang paling tinggi.

Di samping itu, pandemik Covid-19 telah menjejaskan banyak pendapatan atlet kerana terdapat banyak kejohanan yang telah dibatalkan sekaligus memberi impak kepada mereka.

Kredit: Britannicca

Roger Federer yang dikatakan sebagai pemain tennis terbaik yang pernah dilahirkan berjaya “merangkul” gelaran pendapatan paling tinggi dengan nilai pendapatannya $ 106 juta. Beliau telah memintas dua jagoan di dalam sukan bola sepak iaitu Cristiano Ronaldo dan juga Messi.

Hal ini dikatakan berpunca dari pemotongan gaji kebanyakkan kelab bola sepak Eropah untuk terus kekal bersaing semasa era pandemik.

Buat kali pertama dalam sejarah sukan tenis di mana atlet tenis berjaya menduduki carta teratas untuk pendapatan paling tinggi dalam setahun.

Antara kolaborasi yang dikatakan memainkan peranan penting Roger Federer untuk menduduki tangga pertama adalah kolaborasi bersama Uniqlo, Credit Suisse dan Mercedes Benz yang hampir mencecah $100 juta.

Nilai 100 juta itu jauh meninggalkan Ronaldo yang menerima hanya sekitar $45 juta daripada Nike,dan HerbaLife. Messi pula hanya menerima $32 juta daripada Adidas dan Pepsi.

Hasil pendapatan Ronaldo dan Messi telah berkurang sebanyak $ 28 juta namun jumlah pendapatan mereka berdua masih melebih $200 juta.

Tidak boleh disangkal lagi bahawa gaji yang mereka terima ini selari dengan kejayaan telah ditunjukkan. Messi dengan gaji $126 juta telah memintas Ronaldo dengan pendapatan berjumlah $117 juta.

Sukan yang memonopoli senarai pendapatan tertinggi adalah sukan Bola Keranjang NBA kerana mereka dapat menamatkan musim liga mereka sebelum Covid-19 mula tersebar secara meluas.

Dua atlet wanita yang berjaya menempatkan diri dalam carta pendapatan tertinggu iaitu Serena Williams dan juga Naomi Osaka.

Semoga satu hari nanti atlet dari Malaysia akan tersenarai dalam carta kedudukan yang dikeluarkan oleh Forbes.

Ianya tidak mustahil kerana kita sudah mempunyai Safawi Rasid yang beraksi di Portugal dan juga Luqman Haqim beraksi di Belgium.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Sumber

Bengel, C. (2020, Mei 29). Roger Federer tops Forbes’ 2020 list of the world’s 100 highest-paid athletes. CBS Sports. Dipetik daripada https://www.cbssports.com/…/roger-federer-tops…/amp/

Comments