Pencapaian Aimi Ayuni Curi Tumpuan Dalam Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022

Acara Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 akhirnya sampai ke penamat setelah mengharungi 5 peringkat yang cukup mencabar dan melalui pelbagai cuaca sepanjang lima lokasi pesisir pantai di negeri Pahang.

Aimi Ayuni yang pada awalnya tiada sasaran untuk memenangi perlumbaan mula menunjukkan potensi walaupun pertama kali menyertai acara surfski dengan mewakili negeri Pahang yang diperkenalkan oleh penganjur berpengalaman, Stage Maker.

Advertisement

Aimi Ayuni yang berasal dari Kuala Lumpur berumur 24 tahun dan masih meneruskan pelajaran di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM) dalam jurusan Sports Management tahun pertama.

Sememangnya untuk dibandingkan dengan Juara Dunia Mckenzie Danielle agak sukar kerana negara kita tidak cenderung dan kurang pendedahan dalam acara surfski. Aimi berpengalaman dan kerap menjalani latihan dalam Kayak Sprint termasuk mewakili Wilayah Persekutuan dalam acara Kayak Sprint 2014 di Perlis. Aimi terlepas untuk sekali lagi mewakili Wilayah Persekutuan disebabkan melepasi syarat had umur (bawah 23 tahun) Sukan Malaysia 2022 (SUKMA).

Aimi Ayuni turut mengakui beliau ada perancangan untuk mewakili negara dalam SEA Games dalam acara Kayak Sprint. Aimi Ayuni menutup acara bagi Women Open International Single Ocean Race – SS1 ditempat ke-2 keseluruhan.

Comments