Pemenang Pingat Emas Badminton Paralimpik Terpaksa Keluar Duit RM15,000 Dari Poket Sendiri. Mana MSN?

Program untuk para atlit adalah di bawah seliaan MSN, apakah ada 'double standard' oleh MSN?

Pemenang pingat emas paralimpik badminton negara, Cheah Liek Hou yang kini berada di Brazil untuk pertandingan Badminton Para Antarabangsa 19-24 April ini kesal dengan layanan ‘double standard’ yang diberikan.

Ini dinyatakan melalui tanda pagar #doublestandard di status beliau dalam hantaran Instagramnya 13 jam lepas.

Advertisement

Pertama kalinya dapat terbang tahun ini selama 7 bulan dah tak pergi bertanding, selepas Tokyo Paralimpik 2020.

Kali ini cuma saya dan coach Rashid berangkat ke Brazil dengan duit poket sendiri, termasuk segala pembelanjaan di Brazil.

Tournament para ini tak ada prize money seperti tournament able ya. Jadi ini betul-betul ada keluar tak ada masuk ya geng 🤣🤣🤣.

#DoubleStandard
#SayaAtletMalaysia

Atlit yang berusia 34 tahun ini berlepas ke Sao Paolo bersama jurulatih Rashid Sidek dengan perbelanjaan dikeluarkan dari poket sendiri sebanyak RM15,000.

Duit tiket kapal terbang sahaja dah RM7,000!

Ini adalah pertandingan pertama yang disertai semenjak Sukan Paralimpik Tokyo 2021 yang lepas. Dalam penyertaan kali ini Liek Hou nyatakan tidak menaruh harapan yang tinggi dalam kerana dia sendiri pernah dijangkiti Covid-19 dan paru-parunya turut terkesan dari jangkitan itu.

Dia tidak meletakkan harapan tinggi dalam Kejohanan di Brazil ini sebaliknya prestasi di kejohanan ini akan menjadi kayu ukur bagi perancangan seterusnya untuk tahun ini.

Pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo 2020 dan juara dunia 6 kali ini berkata fokusnya tahun ini adalah pada Asian Para Games di Hangzhou pada 9-15 Oktober dan Kejohanan Para Dunia di Tokya pada 1-6 November.

Pada Sukan Paralimpik 2020 yang lalu, Cheah Liek Hou mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi pingat emas dalam sukan badminton kategori SU5 (berdiri/kemerosotan anggota badan atas). Kemenangan itu diraih selepas menewaskan musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15. Acara itu dipertandingkan buat pertama kali dalam temasya Paralimpik Tokyo 2020.

TOKYO, 4 Sept — Atlet badminton paralimpik negara Cheah Liek Hou meraikan kemenangan selepas menewaskan lawannya dari Indonesia Dheva Anrimusthi pada perlawanan akhir  temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Yoyogi National Stadium hari ini. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Badminton bagi para atlit adalah di bawah seliaan Majlis Sukan Negara, bukannya Persatuan Badminton Malaysia.

Soalnya sekarang, kenapa Majlis Sukan Negara tidak menanggung kos tersebut? Adakah sebab tiada wang ganjaran ataupun tiada skuad kebangsaan paralimpik untuk badminton, maka MSN lepas tangan sahaja. Atau adakah kerana kejohanan ini tiada dalam perancangan awal?

Isu berkenaan ini turut tular di laman Twitter dengan ciapan @plyrbacktocourt ini diulang ciap (retweet) lebih 4000 kali.

Ramai netizen tidak berpuas hati dan persoalkan apa fungsi MSN dan Kementerian Belia dan Sukan dari segi menanggung kos pertandingan serta sikap pilih bulu dan double standard dalam pengurusan atlit Para.

Kami sedang menunggu maklumbalas dari pengurus atlit berkenaan ini.

Apapun ramai berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak timbul lagi di masa akan datang, kerana para atlit turut menaikkan nama negara setanding dengan atlit yang cukup sifat.

MSN diharapkan agar dapat beri penjelasan berkenaan isu ini.

BACA STATUS TERKINI BERKENAAN ISU INI

Comments