Lewat pagi tadi, Belgium yang menghuni rangking nombor satu dunia berjaya menewaskan Denmark lantas berjaya melayakan diri ke pusingan 16 terbaik EURO.
Walaupun dikejutkan dengan jaringan awal Denmark oleh Yussuf Poulsen tetapi Belgium berjaya bangkit mencipta gol di separuh masa kedua hasil jaringan Thorgan Hazard dan Kevin De Bruyne.
Kemasukan Kevin De Bruyne juga memberi nafas baru kepada Belgium apabila pasukan itu terus menguasai permainan hingga minit terakhir perlawanan.
Malah Romelu Lukaku juga berjaya melakukan tugasnya sebagai penyerang apabila berjaya menarik dua hingga tiga orang pemain lawan untuk membuka ruang kepada pemain Belgium yang lain.
Walau bagaimanapun di sebalik kehandalan ini, sebenarnya ada kisah disebaliknya.
Tahukah anda sebelum berada pada tahap hari ini, Belgium hanyalah sebuah pasukan picisan sahaja di Eropah.
Malah ketika itu Belgium gagal melayakkan diri ke sejak tahun 1988. Tahun 2000 menyaksikan mereka layak tetapi atas tiket tuan rumah dan gagal diperingkat kumpulan.
Bermula sejak itu Belgium bertekad untuk mengubah nasib skuad kebangsaan mereka dengan cuba membangunkan pemain-pemain terbaik sejak dari kecil lagi.
Belgium tahu pemain senior sangat sukar untuk dibuat dan mereka terus fokus merekrut rakyat kanak-kanak untuk dibentuk sebagai skuad masa hadapan Belgium.
Pemain seperti Romelu Lukaku dan Dries Mertens juga telah dibentuk sejak kecil bagi membantu Belgium keluar daripada zaman yang penuh kegelapan.
Bermula sejak itu, begitu ramai pemain telah dihasilkan Belgium untuk membentuk skuad emas mereka.
Tonggak Harimau Malaya iaitu Dion Cools juga antara pemain yang dibangunkan Belgium sebagai masa hadapan skuad kebangsaan mereka. Walau bagaimanapun, persaingan yang begitu kuat di posisi bek kiri menyukarkan Dion Cools untuk merebut tempat.
Hasil daripada pembangunan pemain sejak kecil, Belgium berjaya membentuk skuad emas yang berjaya memenangi tempat ketiga di Piala Dunia 2018 dan suku akhir EURO 2016. Sayangnya skuad emas ini masih lagi belum mampu jelmakan kejuaraan Belgium.
Jadi adakah EURO 2020 bakal menjadi milik mereka?