Kali terakhir pemain level superstar bermain di JDT adalah pada tahun 2018 ketika Luciano Figueroa bertindak untuk keluar daripada perasaan. Selepas itu JDT tidak lagi mengambil pemain superstar dan hanya fokus kepada pemain yang berikan segalanya kepada pasukan.
Secara tidak langsung, ada yang berkata tindakan JDT tidak mahu merekrut pemain superstar adalah sangat merugikan. Hal ini demikian kerana kehadiran pemain superstar boleh memberikan nilai tambah dan menaikan jenama JDT di persada dunia.
Walau bagaimanapun, malam tadi TMJ ada menjelaskan jawapan mengapa JDT tidak mengambil pemain superstar sebagai respon terhadap soalan tentang Mesut Ozil.
Menurut TMJ, mengambil pemain seperti Mesut Ozil merugikan kerana dia tidak mampu berlari 3 meter untuk turun dan naik sebagai satu unit.
Tambah lagi, Mesut Ozil tiada langsung dalam perancangan JDT. Malah situasi Mesut Ozil yang sekarang ini terumbang ambing sehingga tidak banyak kelab besar mahu mendapatkannya timbulkannya banyak masalah.
Selain itu, TMJ juga ada berkongsi tentang beberapa pemain superstar yang pernah JDT tandatangani suatu ketika dahulu. Sebagai contoh semasa JDT mahu menamatkan kontrak Daniel Guiza, pampasan yang agak tinggi perlu diberikan.
Perkara yang sama juga berlaku terhadap Pablo Aimar apabila kontrak pemain itu terpaksa ditamatkan kerana kondisi fizikal tidak mengizinkan. Macam biasa, pampasan yang agak tinggi perlu diberikan. Malah Pablo Aimar ada berkongsi para pemain superstar di Liga Malaysia akan membuatkan pemain itu terkeluar daripada peta bola sepak dunia.
Hal ini diakui sendiri oleh TMJ, para pemain superstar akan minta 2 kali ganda berbanding tawaran yang mereka terima di Jepun, Arab Saudi dan China. Oleh sebab itu, TMJ tidak mahu JDT menjadi tempat persaraan pemain-pemain superstar.
Namun TMJ tidak menolak kemungkinan untuk membawa masuk pemain Sevilla iaitu Popu Gomez jika dia mampu beri komitmen dan harga yang agak munasabah.
Apa-apapun kita tunggu sahaja musim hadapan. Andai kata JDT berjaya mendapatkan Popu Gomez, kita bakal melihat JDT bermain bunga api lagi untuk 10 tahun berturut-turut.