Pemain Snuker Didenda £2,500 Kerana Mencabar Lawannya Bergaduh

Adat permainan, kalah menang. Tetapi kalau sudah enggan menerima kekalahan, pelbagai alasan dilemparkan dan ada ketikanya, mendorong si polan bertindak gila. Senario ini paling tepat menggambarkan Peter Lines yang didenda £2,500 (RM14,289.95) oleh Persatuan Profesional Billard dan Snuker Dunia (WPBSA) kerana mengancam lawannya.

Lines didakwa bertindak sedemikian selepas kalah dalam perlawanan kelayakan Terbuka Ireland Utara 2021 di tangan pemain China, Xiao Guodong. Selepas tamat perlawanan, dia bersemuka dengan lawannya dan melemparkan pelbagai tuduhan termasuk menipu semasa perlawanan.

Advertisement

Walaupun cuba dileraikan oleh pegawal keselamatan, Lines masih enggan berhenti. Malah, dia mengajak Guodong mengikutnya keluar bagi menyelesaikan pertikaian antara mereka. Ini menyebabkan pemain China itu bimbang akan keselamatannya. Lines kemudiannya memohon maaf kepada pemain itu atas tingkah lakunya yang keterlaluan.

Selepas kelakuan agresifnya dilaporkan kepada WPBSA, satu prosiding disiplin diadakan secara maya pada 16 Disember 2021. Lines mengakui kesalahannya dan telah memohon maaf kepada Guodong. Selepas menimbang semua faktor termasuk kekesalannya, permohonan maaf terhadap pemain China itu dan rekod disiplinnya sebelum ini, maka denda £2,500 (RM14,289.95) dianggap hukuman terbaik kepadanya.

Comments