Safawi Rasid dan juga Luqman Hakim telah menjadi fenomena dalam beberapa minggu ini. Sudah pasti nama kedua-dua pemain yang beraksi di liga utama Eropah akan melonjak naik tidak lama lagi.

Tidak perlu disangkal bahawa kualiti dua liga Eropah ini jauh meninggalkan liga kita dan juga beberapa liga di Asia Tenggara.

Advertisement

Namun, selain Safawi Rashid dan juga Luqman Hakim, terdapat beberapa pemain negara kita yang telah berbakti di liga luar negara.

Walaupun mungkin ketika itu liputan media tidak sehebat sekarang, namun impak yang diberikan ketika itu boleh dikatakan agak baik.

 

1. Safee Sali

Nama Safee Sali ataupun digelar pengganti arwah Mokhtar Dahari ini mula menyinar ketika perlawanan Piala Suzuki.

Safee yang bertindak sebagai penyerang utama dalam formasi yang dirangka K.Rajagopal telah membuka mata banyak pihak.

Beliau telah disunting oleh pasukan Pelita Jaya yang bermain liga Indonesia.

Impak yang diberikan Safee Sali tidak boleh disangkal apabila beliau telah dilantik menjadi ketua pasukan walaupun boleh dianggap pemain yang masih baru di dalam pasukan Pelita Jaya.

Beliau juga telah menjaringkan 40 gol walaupun hanya beraksi 46 perlawanan.

 

2. Nazmi Faiz Mansor

Pemain muda ini mencipta nama pada kejohanan Sukan Sea yang dianjurkan di Indonesia.

Menjadi tonggak utama ketika meraih pingat emas telah menjadikan Nazmi sebagai salah satu prospek muda yang diramalkan akan menjadi pemain terbaik Asia pada beberapa tahun akan datang.

Tanpa menoleh ke belakang, pasukan yang beraksi dalam liga Portugal telah memanggil Nazmi Faiz untuk sesi percubaan.

Ternyata persembahan yang ditunjukkan beliau telah menambat hati pihak pengurusan sehingga Nazmi diberikan kontrak tetap.

Walaupun tidak bertahan lama, namun nama pasukan SC Beira Mar pasti mempunyai tempat khas dalam hati peminat bola sepak Malaysia.

 

3. Lim Teong Kim

Projek NFDP yang menjadi bualan peminat bola sepak Malaysia sudah pastinya bermula dengan perlantikan Lim Teong Kim sebagai pengarah projek program pembangunan.

Perintis bakat pemain ternama dunia seperti Thomas Mueller juga menjadikan Teong KIm mempunyai portfolio yang sangat baik.

Namun tidak semua mengetahui bahawa Lim Teong Kim pernah berkelana ke Eropah dan bermain untuk pasukan Hertha Berlin.

Beraksi sebanyak 29 perlawanan dan berjaya menjaringkan lapan gol, pemain tengah Malaysia ini mempunyai reputasi yang gah di liga Jerman.

Terdapat ramai lagi pemain yang beraksi dalam liga luar negara, kami percaya bahawa setiap pemain bola sepak ingin bermain dengan pasukan yang terbaik.

Semoga lebih ramai pemain negara akan menimba ilmu di negara luar.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments