Awal pagi semalam telah berlangsung perlawanan akhir EURO antara Italy menentang England. Pada awalnya England tampak seakan-akan menguasai perlawanan apabila Luke Shaw menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke dua.
Italy yang hilang punca kelihatan sangat sukar untuk menembusi barisan pertahanan England. Walau bagaimanapun pada minit-minit akhir separuh masa pertama, Italy berjaya menemui sentuhannya semula.
Memasuki separuh masa kedua, England meletakkan bas ekspres di depan gawang gol bagi mempertahankan jaringan mereka. Walau bagaimanapun, Italy akhirnya berjaya memecah kebuntuan ketika berlaku kelam kabut di depan gawang England dan Bonnuci datang dari belakang untuk menjaringkan gol.
Selepas itu, Italy terus menguasai permainan manakala England masih lagi meletakkan bas ekspres di depan gawang dengan harapan dapat mulakan serangan balas. Keputusan seri 1-1 berkekalan sehinggalah tamat masa tambahan dan sepakan penalti terpaksa diambil untuk menentukan pemenang.
Sepakan penalti pertama bagi kedua-dua pasukan berjaya dijaringkan tanpa masalah. Namun sepakan kedua Italy yang diambil oleh Belotti berjaya ditepis oleh penjaga gol England iaitu Pickford.
Harapan it’s coming home seseolah makin menjadi kenyataan. 2 sepakan selepas itu, Italy berjaya laluinya dengan sukses. England pula kecundang apabila dua pemain daripada kelab paling power di EPL iaitu Manchester United gagal dalam sepakan penalti. Harapan it’s coming home menjelma sekali lagi melalui kecemerlangan Pickford menyelamatkan sepakan Jorginho.
Semuanya musnah apabila Saka yang berpeluang mengikat kembali kedudukan gagal menjaringkan penalti dan akhirnya Italy berjaya menjulang EURO untuk kali kedua. Apa-apa pun IT’S COMING ROME!!!
#iSportsAsia