Bilangan pemain bola sepak di England yang mendapatkan bantuan kesihatan mental semakin meningkat tahun ini.

Perkara ini didedahkan oleh badan kaunseling Sporting Chance. Dari awal tahun ini hingga September, seramai 464 ahli Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) mendapatkan akses bantuan kesihatan mental berbanding 653 kes pada tahun 2019.

Advertisement

Trend ini menunjukkan pertambahan kes membabitkan pemain sejak 2016. Sejak perkhidmatan ini ditawarkan pada tahun 2016, 160 ahli mula mengakses perkhidmatan bantuan kesihatan mental yang disediakan PFA.

Kredit: The Culture Trip

Memandangkan PFA mempunyai 4,000 ahli, ianya menunjukkan lebih 10% mendapatkan sebarang bentuk atau nasihat pakar.

42% ahli yang berbuat demikian ialah pemain profesional, 55% lagi membabitkan bekas pemain dan 3% lagi melibatkan ahli-ahli keluarga yang diberi akses kepada perkhidmatan tersebut.

Daripada 10% ahli yang berbuat demikian, 95% ialah pemain lelaki manakala baki 5% lagi ialah pemain wanita.

Statistik-statistik ini dikeluarkan serentak dengan Minggu Kesedaran Kesihatan Mental yang berlangsung di United Kingdom minggu ini.

Antara kebimbangan yang dibangkitkan ahli-ahli PFA bagi mengakses bantuan kaunseling ialah mood rendah, kebimbangan, masalah ketagihan bahan dan masalah ketagihan judi.

Isu lain yang dibangkitkan ialah perubahan daripada pemain kepada bekas pemain dan isu perhubungan.

Tempoh yang diliputi oleh data Sporting Chance turut merangkumi pandemik Covid-19 dan tempoh penangguhan liga-liga terutama di liga bawahan.

Hal ini demikian kerana bagi pemain-pemain liga bawahan, ramai bimbang kehilangan mata pencarian mereka sekiranya liga ditangguhkan lebih lama atau dibatalkan berikutan peningkatan kes pandemik Covid-19.

Isu kesihatan mental terutama membabitkan atlet lelaki semakin mendapat perhatian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagi memastikan isu ini terus mendapat perhatian, Persatuan Bola Sepak (FA) dan badan amal Heads Together melancarkan kempen Heads Up pada musim lepas.

Menerusi kempen Heads Up, ia mengiktiraf kepentingan kesihatan mental sama penting dengan kesihatan fizikal dan menggalakkan diskusi dalam kalangan pemegang taruh.

Heads Up bukan sekadar mempergunakan populariti pemain untuk bercakap dengan atlet lelaki dalam konteks lebih luas. Walau bagaimanapun itu juga merupakan satu keperluan bagi komuniti bola sepak menangani isu kesihatan mental.

Oleh: Moustapha Abbas

Sumber

MacInnes, Paul. (2020). Increasing number of footballers concerned for their mental health. The Guardian. Dipetik daripada https://www.theguardian.com/football/2020/oct/07/increasing-number-of-footballers-concerned-for-their-mental-health

Comments