Pelumba Pecut Dijangka Tawan Peringkat Keempat

Setelah melalui perlumbaan yang penuh onak dan duri menuju ke Genting Highlands, hari ini para pelumba boleh menarik nafas lega sikit. Ini kerana perlumbaan peringkat keempat  melalui jalan landai.

Laluan dari Sabak Bernam ke Meru Raya yang mengambil jarak sekitar 137.9 km hanya melibatkan jalan rata tanpa ada jalan berbukit.

Advertisement

Jadi para pelumba tidak perlu mengerah tenaga begitu maksima dan boleh menikmati kejohanan dengan lebih santai. Betul ke macam gitu? Sebenarnya laluan landai ini akan buat para pelumba memecut lebih laju dan itu satu kelebihan buat pelumba negara Hariff Saleh.

Bagi Hariff Saleh, hasratnya untuk menyinar dalam LTdL 2022 masih belum lagi terpadam walaupun nasib tidak menyebelahinya di tiga peringkat perlumbaan terawal. Sebagai rekod, Hariff Saleh hanya Hariff Saleh hanya mampu mendapat tempat ke-98 sahaja ketika perlumbaan peringkat ketiga.

Menurut Hariff Saleh, beliau akan pastikan peringkat keempat ini memberi kenangan manis kepadanya. Paling penting sekali, Hariff Saleh akan terus memecut bagi mengutip poin untuk memastikan kedudukannya selesa lantas mencapai setiap kategori yang dipertandingkan.

Buat yang tak tahu, Hariff Saleh merupakan pemenang untuk laluan yang sama pada LTdL 2020. Tak mustahil untuk Hariff Saleh ulanginya kembali kerana beliau sangat berkelebihan dalam laluan landai yang memerlukan pecutan semaksima mungkin.

Wira kita pula iaitu Aiman Zariff hanya mahu menikmati peringkat keempat dengan tenang sahaja. Ini kerana tiada poin yang boleh dikumpulkan berikutan laluan peringkat keempat hanya melibatkan jalan rata sahaja. Dijangka beliau akan menyimpan tenaga untuk laluan berbukit di peringkat seterusnya.

Senang cerita, kesemua pemenang di tiga peringkat awal memiliki potensi untuk merebut gelaran juara, jersi putih, jersi merah, jersi kuning dan jersi hijau. Tapi kali ini mereka perlu memecut lebih laju.

Apa-apapun kita tunggu dipenghujung perlumbaan nanti? Adakah keputusan akan kelihatan seperti peringkat pertama dan kedua ataupun berlaku upset?

Semoga pelumba-pelumba negara seperti Aiman Zariff dan terutamanya Hariff Saleh mampu mencatatkan keputusan yang lebih memberansangkan kejap lagi.

Comments