Malam tadi satu sejarah kegemilangan dalam sukan badminton negara telah tercatat apabila pasangan Pearly Tan-M. Thinaah berjaya memenangi trofi beregu wanita dalam Kejohanan Terbuka Perancis 2022.
Lebih manis lagi, pasangan tersebut berjaya menewaskan juara dunia dua kali dari Jepun iaitu Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dengan keputusan rubber set 21-19, 18-21 dan 21-15.
Hal ini sekaligus menjadikan pasangan Pearly Tan-M. Thinaah sebagai beregu wanita pertama Malaysia yang berjaya menjuarai Terbuka Perancis.
Sebelum ini ada beregu wanita daripada Malaysia iaitu Wong Pei Tty-Chin Eei Hui yang pernah melayakkan diri ke final Terbuka Perancis. Namun mereka terpaksa berpuas hati ditempat kedua apabila tewas kepada pasangan dari China iaitu Du Jing-Yu Yang.
Selepas 14 tahun, barulah beregu daripada Malaysia berjaya menggapai final dan menghadiahkan kejuaraan buat pertama kali.
Apa-apapun tahniah kepada Pearly Tan-M. Thinaah kerana berjaya mengharumkan nama negara. Semoga pasangan ini terus konsisten untuk mendapatkan lebih banyak kejuaraan lantas mendaki kedudukan terbaik dalam ranking dunia.