Park Hang-seo Pernah Tawarkan Diri Untuk Latih Harimau Malaya

Selepas sahaja Tan Cheng Hoe meletak jawatan, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terus menyenaraikan beberapa jurulatih dari Korea Selatan untuk melatih negara.

Melihat kepada peningkatan Vietnam dan Indonesia di bawah jurulatih Korea Selatan membuatkan FAM jadi cerdik sikit.

Advertisement

Pada akhirnya seperti apa yang kita semua tahu, FAM telah memilih Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih baru. Beliau tidak perlu menunggu masa yang lama untuk memberikan impak.

Buktinya Kim Pan-gon berjaya bantu Malaysia layak ke Piala Asia setelah 40 tahun. Padahal sebelum tu Harimau Malaya jadi pak lawak je dekat Piala AFF.

Tapi yang paling mengejutkan Park Hang-seo dikatakan berminat untuk latih Harimau Malaya selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan.

Malah beliau dikatakan sanggup meninggalkan Vietnam demi melatih Harimau Malaya.

Sekarang ni cuba bayang kalau FAM memilih Park Hang-seo sebagai jurulatih baru. Mungkin impaknya sama je macam apa yang diberikan oleh Kim Pan-gon.

Tapi dia akan peliklah sebab bila tiba Piala AFF, pemain utama tak ada. Terpaksalah guna skuad B.

Comments