OAG Pernah Nyanyikan Lagu Tema Piala Dunia

Setiap kali edisi Piala Dunia, lagu tema adalah salah satu perkara yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Adakalanya lagu tema yang digunakan sangat tepat dan adakalanya juga lagu tema tersebut langsung tak sedap.

Mungkin lagu tema Piala Dunia yang paling kita minati adalah Waka-Waka nyanyian Shakira dan Freshlyground.

Advertisement

Buat pengetahuan semua, artis daripada Malaysia juga pernah diberikan tanggungjawab untuk menyanyikan lagu tema Piala Dunia. Ye anda tak salah dengar sebab OAG telah menyanyikan lagu tema Piala Dunia Remaja 1997 yang menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah buat pertama kalinya.

Lagu yang disampaikan itu bertajuk Name Of The Game dan disiarkan di hampir 8 buah negara benua Eropah. Sedikit trivia, OAG merupakan sebuah band yang ditubuhkan pada tahun 1992 dan bermula daripada arena bawah tanah.

Antara album OAG yang paling dikenali adalah Opera Radhi-o Friendly dan Satelit Ink. Dalam kejohanan Piala Dunia Remaja 1997, Pablo Aimar dan Juan Román Riquelme adalah antara pemain yang menjadi tumpuan untuk bersinar.

Negara yang diwakili mereka berjaya memenangi trofi kejohanan tersebut setelah mengalahkan pasukan Uruguay dengan jaringan tipis iaitu 2-1.

Comments