Nottingham Forest: Juara Eropah Yang Sedang Tidur

Bagi mereka yang baru melayan Liga Perdana Inggeris (EPL), pasti tidak akan mengenali betapa hebatnya Nottingham Forest.

Bagi mereka Nottingham Forest hanyalah satu pasukan yang baru sahaja layak ke EPL. Kalau ada pasukan elit seperti Liverpool kalah dengan Nottingham Forest, baik main dekat liga kampung Buntut Pulau je.

Advertisement

Memandangkan Arsenal baru sahaja mengayam-ayamkan Nottingham Forest, ada benda menarik yang perlu korang tahu tentang pasukan ni.

Nottingham Forest merupakan pasukan daripada England yang pernah menjulang trofi Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Bukan sekali tapi  dua kali berturut iaitu pada musim 1977-1978 dan 1978-1979.

Boleh dikatakan Nottingham Forest setaraf dengan Real Madrid, Benfica, Inter Milan, Ajax, Bayern Munich, Liverpool dan AC Milan kerana memenangi UCL dua kali berturut-turut. Pasukan Arsenal ado?

Walau bagaimanapun, itu adalah kisah 43 tahun yang lepas dan hari ini Nottingham Forest hanya sebuah pasukan biasa-biasa sahaja. Kali terakhir Nottingham Forest beraksi di EPL adalah pada musim 1998-1999 setelah berjaya menjadi juara EFL Championship.

Segalanya serba tidak menjadi kerana Nottingham Forest kembali menguni EFL Championship. Ditambah lagi, Nottingham Forest hanya menjadi pasukan yang layak diperkotak-katikkan di saingan EPL sehingga hanya mampu menghuni tangga terakhir pada musim pertama.

Selepas itu, Nottingham Forest sangat bergelut untuk kembali ke EPL dan terus menjadi penghuni tetapi EFL Championship. Paling teruk sekali, pasukan segemilang Nottingham Forest terpaksa beraksi League One yang berada pada hierarki ketiga bola sepak England setelah menduduki kedua terakhir EFL Championship.

Tiga musim di League One, Nottingham Forest akhirnya berjaya kembali ke EFL Championship dan terus memasang angan-angan mat jenin untuk ke EPL. Kedudukan terbaik Nottingham Forest dalam EFL Championship dari musim 2008-2009 sehingga ke hari ini adalah tempat ketiga sahaja.

Memasuki musim 2022-2023, Nottingham Forest berjaya kembali semula ke EPL setelah berhempas pulas di EFL Championship 14 musim berturut-turut.

Namun nasib macam tak menyebelahi mereka apabila hanya mampu menduduki tempat terakhir dengan mencipta dua kemenangan, 3 seri dan 8 kekalahan. Salah satu kemenangan tersebut adalah ketika menentang kelab terpower EPL iaitu Liverpool.

Kepada penyokong Arsenal jangan terlalu bergembira sebab Nottingham Forest ada dua UCL. Korang ada ke?

Comments