Nguyen Quang Hai Terpaksa Beraksi Di Liga Bawahan Perancis

Semasa beraksi bersama Hanoi FC di Vietnam, Nguyen Quang Hai adalah pemain yang sangat lincah. Malah boleh dikatakan Nguyen Quang Hai antara pemain terbaik yang pernah dilahirkan Vietnam.

Ketika beraksi bersama Vietnam, Nguyen Quang Hai sangat sukar untuk dikawal oleh pihak lawan. Setakat lawan negara-negara Asia Tenggara ni, mudah je bagi Nguyen Quang Hai.

Advertisement

Macam biasa disebabkan dia adalah pemain terbaik di Vietnam, timbul suara-suara yang inginkan Nguyen Quang Hai beraksi di Eropah. Tapi kena ingat pemain daripada Asia Tenggara memiliki rekod yang kurang baik ketika beraksi di Eropah.

Rakan senegara Nguyen Quang Hai hanya beraksi sebanyak 12 perlawanan sahaja bersama Rodina Moskva. Manakala Doan Van Hau cuma beraksi dalam 1 perlawanan bersama skuad senior SC Heerenveen. Lagi 10 perlawanan Doan Van Hau diturun beraksi dengan  SC Heerenveen U-21.

Hal itu langsung tak mematahkan semangat Nguyen Quang Hai untuk beraksi di Eropah. Akhirnya dia ditandatangani oleh Pau FC iaitu sebuah kelab yang beraksi di Ligue 2 Perancis.

Di Pau FC, Nguyen Quang Hai beraksi dalam 12 perlawanan dan menjaringkan satu gol. Tapi kebanyakannya dia bermula daripada bangku simpanan.

Selepas sahaja aksi di Piala AFF 2022, Nguyen Quang Hai hanya dapat beraksi selama 2 minit sahaja bersama skuad utama.

Untuk memastikan fitness, kebolehan dan minit permainan sentiasa kelab telah menghantar Nguyen Quang Hai untuk beraksi di skuad kedua iaitu Pau FC II.

Apa yang memeranjatkan adalah Pau FC II beraksi di divisyen 5 Perancis (baca kelab kumbahan). Bermakna potensi pemain dari Asia Tenggara ni masih tak mampu untuk menyinar walaupun di divisyen 2 sekalipun.

Apa-apapun selamat maju jaya kepada Nguyen Quang Hai. Harap kekal lama lah dekat Eropah tu.

Comments