Tahukah anda, nama asal Manchester United adalah Newton Heath yang menggunakan warna hijau sebagai jersi utama. Kelab ini telah ditubuhkan oleh syarikat Lancashire and Yorkshire Railway pada 1878. Rumah pertama kelab itu adalah terletak di North Road sebelum berpindah ke Bank Street Football Ground 15 tahun selepas itu.
Perlawanan pertama Newton Heath menyaksikan kelab itu kalah besar kepada pasukan kedua Bolton Wanderers dengan jaringan 6 berbalas kosong. Ketika kelab sedang diambang muflis, kapten kelab iaitu Harry Stafford telah meyakinkan empat orang ahli perniagaan Mancherster untuk menyelamatkan kelab.
Bersempana peristiwa itu, Newton Heath telah dijenamakan menjadi Manchester United. Jata Manchester City Council telah dijadikan inspirasi untuk Manchester United mengukir logo mereka.
Bermula era 1930an, Manchester United telah menukar warna jersi kelab kepada merah. Hari ini Manchester United adalah kelab Inggeris paling gemilang mengatasi beberapa kelab yang lain seperti Liverpool.