Manchester United Tidak Konsisten Kerana Disantet – Dea Gea

Baru-baru ini kita melihat pasukan terpower di Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Manchester United menampilkan prestasi yang sangat tidak konsisten. Buktinya MU hanya mampu mencatatkan keputusan seri dalam tiga perlawanan berturut-turut.

Ditambah pula dengan aksi kelakar Harry Maguire yang sering memberi masalah besar kepada MU. Jadi adakah aksi yoyo ini berpunca daripada Harry Maguire?

Advertisement

Nampaknya penjaga gol utama MU iaitu David De Gea ada jawapan tersendiri yang seperti menafikan Harry Maguire adalah penyebab segala-galanya.

Beliau berpendapat bahawasanya terdapat pihak yang melakukan sumpahan ataupun perkara seumpama itu kepada MU. Malah De Gea sendiri pelik kerana MU sudah miliki skuad yang sangat mantap tapi masih tidak mampu memenangi trofi EPL.

Selain itu, MU juga sudah lama tidak menguncup trofi pertandingan biarpun dengan kehadiran Cristiano Ronaldo.

Kali terakhir MU memegang trofi adalah pada musim 2016-2017 melalui kejohahan UEFA Cup.

Bagi trofi EPL pula, musim 2012-2013 menyaksikan MU berjaya menjulang EPL buat kali ke 20 mengatasi Liverpool yang langsung tidak pernah memenangi divisyen utama England selepas dijenamakan.

Sayangnya setelah musim 2012-2013, MU mula merudum. Ditambah pula dengan persaraan Tun Alex Ferguson, MU sangat bergelut untuk mendapatkan pengurus berkaliber.

Bermula dengan David Moyes yang menjadi pilihan utama Tun Ferguson, MU terus terperosok ke lembah kehinaan (baca kedudukan ke 7).

Walau bagaimanapun pelantikkan beberapa pengurus lain seperti Louis Van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunaar Solskjaer masih lagi tidak mampu memberikan trofi EPL kepada MU.

Hari ini pelantikkan Ralf Ragnick yang dikatakan sebagai dewa gegenpress dan mahaguru kepada Jurgen Kloop tetap tidak dapat membantu MU.

Malah keharmonian dalam bilik persalinan semakin retak ekoran Ragnick tidak mampu mengawal rasa kecewa para pemain MU.

Mungkin benar apa yang dikatakan oleh De Gea bahawa ada pihak telah menyumpah MU agar bermain seperti kanak-kanak di futsal Batang Berjuntai.

Jadi sudah tiba masanya Ragnick membawa pasukannya pergi berjumpa bomoh atau mana-mana pengamal perubatan tradisional untuk meminta naik mandian jenis 7 bunga untuk mengubati kemarau piala.

Jika masih tidak berkesan, memang sah MU perlu muhasabah diri dan mencari diri yang hilang.

#iSportsAsia

Comments