Malam tadi telah berlangsung perlawanan melibatkan Manchester City menentang Manchester United di Etihad dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Perlawanan tersebut diramalkan akan berlangsung dengan sangat sengit kerana melibatkan pasukan yang begitu konsisten di EPL.
Manchester City terus mengganas dengan kehadiran Erling Haaland apabila pemain itu begitu bernafsu dan rakus menjaringkan gol. Manchester United pula berjaya menamatkan sumpahan setelah kehadiran Eric Ten Hag dan Harry Maguire diletakkan di bangku simpanan.
Walau bagaimanapun lain pula yang terjadi kerana Manchester City berjaya membolosi gawang Manchester United sebanyak 4 gol dalam separuh masa pertama sahaja. Baik betul Manchester United ni sebab suka sangat bersedekah.
Masuk separuh masa kedua, Anthony menghidupkan peluang dengan menjaringkan gol pada minit ke-56. Tapi macam biasa Manchester City balas balik dengan dua gol. Nasib baik ada Martial, dapatlah dua gol sagu hati dan tak lah malu sangat.
Sekarang ni timbul persoalan kenapa Manchester United boleh dibantai dengan jaringan yang begitu besar.
Sebelum ini peminat sering menyalahkan Harry Maguire kerana suka buat kesilapan kecil depan pintu gol. Dia punya lawak tu sampai musim lepas dengan kelab bawahan pun Manchester United boleh kena bantai.
Masalahnya malam tadi, Harry Maguire tidak diturukan langsung. Jadi siapa yang harus dipersalahkan?
Menurut Harry Maguire, Manchester United selalu kalah kerana ketidakmampuan De Gea beraksi dengan baik. Buktinya Manchester United mengalami bolos yang begitu banyak. Di sebab itu, De Gea terus kehilangan tempatnya sebagai penjaga gol utama Sepanyol.
Bukan setakat itu je, Harry Maguire turut berkata ketidakcekapan De Gea buat dia kena bench sampai asyik buat lawak masa beraksi dengan iklan. Katanya sebagai penjaga gol, De Gea patut support pertahanan untuk mendapatkan bola.
Entah bukan-bukan alasan Maguire ni, padahal diri sendiri main macam budak sekolah rendah.
Apa-apapun takziah kepada Manchester United kerana bolos 6 kali dan semoga mampu bangkit sekali.
Kalau berterusan begitu, siap sedialah untuk jadi bahan jenaka di hujung musim nanti.