Tahukah anda mengapa atlet lompat jauh berlari beberapa langkah di udara selepas melakukan loncatan?
Sukan lompat jauh dianggap antara sukan yang memerlukan konsertrasi di tahap yang maksimum kerana atlet perlu melakukan loncatan tidak melebihi garisan penanda.
Jadi jumlah langkah yang patut diambil sudah dikira untuk mendapatkan jarak yang optimum ketika melakukan loncatan.
Walau bagaimanapun kita sering kali melihat atlet masih lagi belari di udara walaupun selepas melakukan loncatan. Hal ini disebabkan ketika melakukan loncatan, inersia akan membawa badan untuk berpusing ke hadapan.
Dengan melakukan larian di udara yang digelar “hitch kick” ini, putaran tersebut akan berkurangan sekaligus membawa lebih keseimbangan kepada atlet.
Jika tidak berhati-hati, tanpa larian di udara ini akan menyebabkan atlet berpotensi untuk berputar kehadapan dan mengakibatkan mereka mendarat menggunakan muka atau badan bahagian depan mereka.