Marc Marquez Tekad Ingin Merebut Kejuaraan Bagi Musim 2023

Juara Dunia MotoGP, Marc Marquez, tanpa berselindung menyatakan musim 2023, beliau akan ‘berperang’ merebut kejuaraan.

Pelumba pasukan Repsol Honda tersebut memenangi 6 Kejuaraan Dunia dalam kelas perdana, namun gagal untuk merangkul kejuaraan dunia dengan tiga musim berturut atas kecederaan yang dialami.

Advertisement

Menurut Alex Marquez, ketika Marc sedang berada dalam fasa yang sukar (kecederaan, pembedahan, pemulihan), Marc pernah bertanya kepada beliau tentang persaraan. Kata Alex dalam dokumentari bersama DAZN,

“Dia dilahirkan sebagai seorang Juara. Dia hanya berlumba, dan menang.”

“Dia tidak pernah bercakap secara terbuka kepada saya mengenai penghujung kariernya. Hari itu, dia bercakap mengenainya. Dia tidak tahu apa yang dia akan lakukan selepas bersara dari berlumba, tetapi dia mahu ada hubungan dengan dunia (dua roda) ini. Dia mahu membantu bakat muda seperti yang telah dia lakukan, tetapi saya kata padanya,

“Jangan merepek! Kerana dalam masa empat hari anda akan kembali menunggang jentera”

Dalam kemelut Marc mencari semula rentak bersama jentera, Marc Marquez menamatkan kemarau Honda dengan meraih posisi pole dan menamatkan perlumbaan di podium walaupun selepas kembali dari pembedahan beliau yang ke-4. Kejayaan tersebut merupakan titik yang besar buat Marc, dan sedikit sebanyak membawa sedikit keyakinan ke musim 2023.

“Saya ingin bersaing merebut kejuaraan,” katanya kepada Teledeporte.es.

“Ini adalah satu cabaran baru, kerana sehingga 2020 kerjaya saya indah, seperti dihamparkan dengan bunga mawar.”

“Sekarang saya berada tempat yang berbeza – kecederaan, dan lain-lain. Tidak mudah untuk saya, kerana kecederaan itu sukar.”

“Saya wajib mempersiapkan diri saya dengan sebaiknya, untuk mencapai tahap maksimum untuk ‘berperang’ (rebut kejuaraan)”

Kredit: Tarmac Sports Malaysia

Comments