Baru-baru ini Manchester City didapati telah melanggar banyak peraturan kewangan yang telah ditetapkan oleh pihak EPL bermula musim 2000-2010 sehingga 2017-2018.
Menurut EPL, kesalahan yang dilakukan oleh Manchester City terlalu besar hingga boleh menyebabkan pemotongan mata. Apa yang lebih teruk lagi Manchester City boleh dihumba ke divisyen dua (baca lembah kehinaan).
Antara kesalahan yang dilakukan oleh Manchester City adalah melibatkan kontrak pemain, pengurus dan penipuan laporan kewangan.
Bermakna Manchester City telah memanipulasi laporan kewangan bagi memastikan mereka dapat membeli pemain. Sebab dalam peraturan, kelab perlu membelanja duit berdasarkan keuntungan yang mereka dapat.
Untuk itu, EPL menyatakan Manchester City telah melakukan lebih 100 kesalahan. Dakwaan tersebut membuatkan pihak Manchester City terkejut beruk.
Sebab mereka telah memberikan kerjasama dan semua maklumat yang diminta. Tapi peliknya, pihak EPL cakap Manchester City ni keras kepala dan susah nak beri kerjasama.
Jika semua tuduhan itu benar, mungkin Manchester City bakal menghadapi nasib seperti Juventus yang turun ke Serie B kerana calciopoli scandal.
Tapi mahkamah timbang tara antarabangsa (CAS) kan ado, jadi masih ada lagi peluang kedua untuk Manchester City andai kata disabitkan kesalahan.
Masalahnya mereka sudah tidak dibenarkan membawa kes ke CAS sebab dah pernah buat dulu.
Kesimpulannya, mungkin Manchester City akan terhumban ke lembah kehinaan (baca divisyen 2) hingga menyebabkan mereka kehilangan semua pemain bintang.
Nak tak nak, terpaksalah merangkak dari bawah semula.