Mampukah Kim Pan-gon Mengubah Nasib Malang Malaysia?

Pada pagi 21 Januari 2022, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAMB) telah mengumumkan pelantikan Kim Pan-gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya yang baru.

Hal ini sekaligus mengikut jejak langkah Vietnam dan Indonesia yang melantik ketua jurulatih daripada Korea Selatan bagi mengubah nasib bola sepak mereka.

Advertisement

Pelantikan Kim Pan-gon sebenarnya memberi sedikit kegusaran kerana beliau hanya memiliki rekod sebagai ketua jurulatih Hong Kong sahaja.

Selepas sahaja dipecat daripada menjadi ketua jurulatih Hong Kong, beliau telah berkhidmat dengan Persatuan Bola Sepak Korea sebagai pengarah pasukan kebangsaan Korea Selatan sejak tahun 2018.

Malah Kim Pan-gon dikatakan sebagai dalang kepada pemecatan Shin Tae-yong kerana gagal membawa Korea Selatan mara ke peringkat kali mati pada Piala Dunia 2018.

Mungkin jawatannya sebelum ini dapat mengurangkan sedikit kegusaran peminat bola sepak negara.

Walau bagaimanapun, Malaysia seringkali menghadapi nasib kurang baik ketika dikendalikan oleh ketua jurulatih luar.

Antara yang paling ketara adalah kegagalan Nelo Vingada mencipta sebarang kemenangan pada tahun 2017 dan hanya mampu berpuas hati dengan satu keputusan seri sahaja.

Selain itu, Malaysia juga pernah menggunapakai khidmat jurulatih luar berprofil tinggi. Allan Harris yang pernah membantu QPR naik ke divisyen 1 Inggeris dan memenangi La Liga bersama Barcelona ketika menjadi penolong jurulatih telah diberikan tugas mengemudi skuad negara.

Malangnya, Allan Harris hanya mampu membantu Malaysia menduduki tempat keempat Piala AFF Suzuki 2002.

Terdapat juga beberapa jurulatih yang agak malap bersama Malaysia tetapi dengan negara lain cukup power.

Seperti Josef Venglos, beliau hanya mampu membantu Malaysia memenangi Pestabola Merdeka 1986. Tetapi ketika mengendalikan Czechoslovakia menduduki tempat ketiga EURO 1980 dan layak ke suku akhir Piala Dunia 1990.

Terakhir sekali adalah Cloud De Loy. Beliau agak bernasib baik berbanding Nelo Vingada kerana mencatat 1 kemenangan, 1 seri dan 3 kekalahan. Namun ketika bersama Ghana, Cloud De Loy berjaya membawa pasukan itu menduduki ranking ke-14 dunia.

Sekaligus, itu merupakan ranking tertinggi yang pernah digapai oleh Ghana pada tahun 2008.

Tak semua jurulatih luar gagal dalam mengemudi skuad kebangsaan. Hal ini demikian kerana Karl Heinz-Weigang merupakan jurulatih luar paling hebat yang pernah melatih Malaysia.

Bersama Malaysia, beliau berjaya membantu skuad kebangsaan memenangi emas Sukan SEA 1979, perak Sukan SEA 1981, juara Pestabola Merdeaka 1979, naib johan Pestabola Merdeka 1980 dan layak ke Sukan Olimpik.

Jadi setelah meniliti rekod terburuk dan terbaik jurulatih luar sebelum ini, boleh dikatakan prestasi pengendali luar akan kurang serasi dengan Malaysia.

Persoalannya adakah dengan pelantikan Kim Pan-gon bakal mengubah nasib malang Malaysia ataupun hanya jadi badut seperti jurulatih luar yang lain?

Comments