Malaysia Tewas Sepakan Penalti Dengan Tajikistan

Foto: FAM

Malam tadi telah berlangsung perlawanan akhir King’s Cup yang menemukan Malaysia dan Tajikistan. Dalam perlawanan tersebut aksi kedua-dua pasukan nampak seimbang kerana tiada yang lebih mendominasi.

Mungkin hal ini terjadi kerana keadaan padang yang sudah serupa bendang di Kedah. Nak hantar bola pun melekat. Nasib baik jentera serangan kedua-dua pasukan agak tumpul dan hilang arah. Ditambah lagi dengan hujan lebat yang melanda membuatkan pergerakan bola di atas padang agak terganggu.

Advertisement

Mahu tak mahu, hantaran jauh perlu dibuat bagi memastikan bola sampai di depan dan tidak berlegar di bahagian pertahanan. Selepas 90 minit aksi perlawanan, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan lantas memaksa permainan terus diheret ke penentuan sepakan penalti.

Tajikistan menjadi pasukan yang mengambil sepakan penalti dahulu. Ketika penalti pertama diambil, satu situasi kelakar seram telah berlaku. Ketua pasukan Tajikistan telah bertindak mengambil penalti dengan cara panenka bagi mengelirukan Syihan Hazmi. Ya Syihan Hazmi keliru kerana telah rebah ke kiri tapi dia berjaya bangkit dan tepis bola tersebut.

Situasi ini memberikan harapan Malaysia mampu menjulang King’s Cup di era moden. Namun lain pula yang jadi apabila tiga sepakan penalti Malaysia tidak masuk langsung. Tindakan ketiga-ketiga pemain menghalakan bola ke arah kanan memberi kisah sedih kepada kita semua.

Dua sepakan penalti ditepis dengan kemas oleh penjaga gol Tajikistan dan bakinya pula hanya singgah sebentar di palang gol. Apa benda lah yang pemain dan bakal pemain JDT ini fikir dalam kepala mereka.

Apa-apapun kita patut berpuas hati dan ucapkan tahniah kepada mereka biarpun sekadar menjadi naib juara sahaja. Kita semua kena tahu kejohanan ini bertaraf perlawanan bersahabatan kelas A. Jadi keputusan seri menentang pasukan di ranking lebih tinggi sebenar sangat baik untuk Malaysia.

Mungkin ini akan menjadi batu loncatan untuk Malaysia memberi saingan kepada pasukan di ranking lebih tinggi. Mula-mula memanglah seri tapi lama-kelamaan, kita bakal merasai manisnya kemenangan itu. Paling penting sekali adalah percaya kepada proses.

Comments