
Petang semalam telah berlangsung perlawanan Piala Dunia antara Belanda menentang Malaysia.
Jika dilihat atas kertas, Belanda sememangnya memiliki banyak kelebihan. Sebab Belanda pernah bergelar juara dunia dan ranking mereka lebih tinggi berbanding Malaysia. Tambah lagi Belanda pernah membelasah Malaysia dengan jaringan 7-0 dalam Piala Dunia 2018.
Jadi Malaysia turun dalam perlawanan kali ini sebagai underdog. Keputusan seri pun sudah cukup menggembirakan kita.
Bermula sahaja perlawanan, Belanda terus menguasai perlawana dan mengasak ke gawang Malaysia.
Mujurlah barisan pertahanan dan penjaga gol Malaysia terus kental menghadapi serangan bertubi-tubi daripada Belanda.
Namun kecemerlangan itu tidak lama apabila Malaysia bolos juga menerusi jaringan Thijs Van Dam pada minit ke-21 yang memanfaatkan kegagalan Najmi Farizal Jazlan mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya.
4 minit berselang, Belanda datang lagi untuk gol kedua menerusi Janssen yang tenang menyempurnaka penalti strok. Dua jaringan itu telah membuat Malaysia cuba untuk bangkit dengan menguasai perlawanan seketika.
Tapi itu hanya sementara dan Belanda tambah gol ketiga menerusi Teun Beijns. Di minit-minit akhir perlawanan, Belanda melengkapkan kemenangan 4-0 dengan jaringan mudah daripada Jorrit Corron. Tamat perlawanan Belanda membelasah Malaysia melalui keputusan 4-0.
Malaysia perlu menyalahkan diri sendiri di atas kekalahan. Sebab Malaysia gagal memanfaatkan 3 peluang daripada penalty corner.
Apa-apapun, ini merupakan antara aksi terbaik Malaysia dalam menghadapi Belanda. Sebab sebelum ini, Malaysia telah dibantai dengan jaringan yang agak besar.
Kali ini Malaysia berjaya mengecil sedikit defisit jaringan kepada 4-0. Jika prestasi Malaysia terus meningkat, tidak mustahil kita mampu mengikat Belanda dan seterusnya mencipta kemenangan pada perlawanan akan datang.