Malaysia Mudah Meratah Kemboja Walau Pakai Skuad Kedua

Dalam keghairahan kita melayan Piala Dunia, jangan terlupa malam tadi telah berlangsung perlawanab persahabatan melibatkan Malaysia menentang Kemboja.

Apa yang menarik adalah buat pertama kalinya Malaysia turun tanpa seorang pun pemain JDT dalam kesebelasan utama. Malah Kim Pan-gon begitu berani menurunkan muka baru seperti Kalamullah Al-Hafiz, Lee Tuck, Shamie Iszuan, David Rowley dan Stuart Wilkin.

Advertisement

Bermula sahaja perlawanan, Malaysia teruk rancak mengancam kubu Kemboja. Pasti keadaan padang yang basah dan berat, menyukarkan Malaysia untuk dapat gol awal. Bola juga banyak kali terhenti angkara air bertakung.

Pada minit ke-10 barulah Malaysia berjaringkan gol menerusi Faisal Halim. Gol itu boleh dianggap agak menarik kerana Faisal Halim menggunakan outside foot untuk melambungkan gol ke gawang. Penjaga gol Kemboja pula hanya mampu tergamam melihat bola itu bergolek masuk.

Malaysia datang lagi pada minit ke-38 menerusi Lee Tuck yang mudah menyudahkan hantaran daripada Faisal Halim. Secara tak langsung Lee Tuck berjaya menjaringkan gol pada penampilan pertama. Kepada abang Pola, sila lihat bagaimana Lee Tuck menjaringkan gol.

Sebelum separuh masa pertama tamat, Faisal Halim meledak sekali lagi melalui bola sungkitan yang gagal ditepis penjaga gol Croatia. Tamat separuh masa pertama, Malaysia mendahului Kemboja dengan jaringan 3-0.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia memasukkan memasukkan Sergio Aguero, Quentin Cheng dan Nor Hakim Hassan bagi menggantikan tempat Darren Lok, Ruventhiran dan Shamie Iszuan.

Kemasukkan pemain baru ini telah memperlahankan rentak permainan Malaysia kerana mereka lebih gemar melihat dan bertahan sahaja. Kemboja pula tiba-tiba terlalu bernafsu untuk menyerang.

Keampuhan benteng pertahanan Malaysia buat Kemboja terus kempunan untuk jaringkan gol walaupun banyak kali menyerang.

Akhirnya Malaysia yang menyumbang gol kedua setelah penjaga gol Kemboja gagal menampan kemas sepakan Safawi Rasid sehinga jatuh betul-tul dihadapan Stuart Wilkin. Dia hanya perlu tapping sahaja untuk jaringan keempat.

Perlawanan ini membuktikan tanpa pemain JDT yang menjadi backbone, Malaysia masih lagi boleh menang. Kalau boleh hantar je skuad ni ke Piala Asia.

Comments