Malaysia Membelasah Laos Tanpa Belas Kasihan

Malam tadi telah berlangsung perlawanan kedua kumpulan B Piala AFF antara Malaysia menentang Laos.

Jika dilihat atas kertas, kelebihan memihak kepada Malaysia. Sebab Malaysia hanya tewas sekali sahaja menentang Laos. Ranking Malaysia juga lebih tinggi.

Advertisement

Tapi kena ingat, Malaysia turun dengan skuad kedua. Jadi apa-apa boleh berlaku dalam perlawanan tersebut.

Bermula sahaja perlawanan, Faisal Halim hampir sahaja meletakkan Malaysia didepan. Tapi rembatannya dari garisan tepi penalti agak tersasar.

Pada minit ke-29 barulah Malaysia berjaya menjaringkan gol menerusi ledakan Sergio Aguero.

Keputusan 1-0 kekal sampai tamat separuh masa pertama walaupun banyak serangan dibuat oleh Malaysia.

Memasuki separuh masa kedua, Malaysia cuba untuk tingkat intensiti perlawanan. Hasilnya Faisal Halim berjaya menjaringkan 2 gol menerusi tandukan.

Tak cukup dengan itu, Malaysia datang lagi kali ini melalui pemain muda iaitu Haqimi Azim apabila rembatan derasnya membuat penjaga gol terkapai-kapai.

Stuart Wilkin melengkapkan malam gemilang Malaysia dengan rembatan jarak jauh yang menerjah jaring.

Tamat perlawanan Malaysia membelasah Laos dengan keputusan 5 berbalas telur.

Comments