Malaysia Julang Piala Sultan Azlan Shah Buat Kali Pertama

Malam tadi telah berlangsung perlawanan akhir Piala Sultan Azlan Shah melibatkan Malaysia menentang Korea.

Di atas kertas, Korea tampak memiliki lebih banyak pilihan berbanding Malaysia. Ini kerana Korea merupakan juara bertahan dan berjaya menewaskan Malaysia dengan jaringan 3-0 dalam peringkat kumpulan.

Advertisement

Malaysia buktikan yang sebaliknya apabila berjaya membalas dendam ke Korea setelah menewaskan pasukan itu 3-2 lantas menjulang Piala Sultan Azlan Shah.

Walau bagaimanapun, jalan Malaysia untuk menjulang kejohanan ini bukan mudah. Malaysia bermula dengan langkah kiri apabila tewas menentang Korea dan hanya seri dengan pasukan Pakistan.

Masuk perlawanan yang keempat baru Malaysia menunjukkan taring yang sebenar apabila membelasah Mesir melalui jaringan 4-1. Afrika Selatan juga menerima nasib yang sama keran turut dibelasah Malaysia dengan keputusan 7-2.

Pada perlawanan akhir peringkat kumpulan, Malaysia berjaya menempah tiket ke final setelah menewaskan Jepun 4-2. Seterusnya menentang Korea di final, semua sudah tahu jawapannya.

Ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia dalam kejohanan Piala Sultan Azlan Shah. Sebelum ini Malaysia hanya mampu bergelar naib juara sahaja untuk lima edisi iaitu pada tahun 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

Apa-apapun tahniah kepada The Speedy Tigers kerana menjadi juara. Semoga pencapaian kali ini boleh menjadi penyuntik semangat untuk beraksi lebih di kejohanan-kejohanan lain.

Comments