Malaysia Dikitai Laos Dua Kali Berturut Tanpa Belas Kasihan

Malam tadi kita disajikan dengan pemandangan yang menyakit hati apabila skuad B23 negara begitu diayam-ayamkan oleh Laos B23.

Lebih menghinakan lagi 5 pemain muda Laos yang hanya menjadi pokok ketika beraksi bersama skuad senior berjaya mengajar Malaysia B23 bermain bola sepak sebenar.

Advertisement

Buat pengetahuan semua, ini bukanlah kekalahan pertama Malaysia ketika menentang Laos. Ini kerana pada edisi Sukan Sea 1997, Malaysia pernah diaibkan oleh Laos dengan jaringan 1 berbalas telur.

Ketika itu Malaysia dibarisi oleh pemain yang sangat hebat seperti Azman Adnan, K. Sanbagamaran, Dollah Salleh, dan Khairul Azman Mohamad. Laos pula dibarisi oleh pemain-pemain amatur kurang pengalaman yang menjadikan bola sepak hanya sekadar hobi sahaja.

Kekalahan itu menyebabkan skuad negara dibubarkan dan digantung daripada menyertai mana-mana kejohanan.

Setelah 25 tahun, skuad B-23 kembali mengulangi pencapaian hebat tersebut. Tapi kali ini bertambah hebat apabila kalah dua kali berturut. Ditambah pula bolos 4 gol secara agregat dengan penyerang beraksi seperti De Paula.

Penggunaan formasi 3-5-2 ternyata tidak banyak membantu skuad negara dalam mencipta peluang dan permainan yang menarik. Malah skuad negara gagal menterjemahkan formasi ketika bertahan dan menyerang.

Hasilnya dengan mudah para pemain Laos menjaringkan 2 gol sementara skuad muda negara hanya mampu terpinga-pinga sahaja.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh meletakkan kesalahan sepenuh kepada skuad kali ini kerana berkemungkinan Brad Maloney tidak dapat apa yang dia mahukan.

Beberapa pemain B-23 negara yang beraksi dengan skuad senior seperti Arif Aiman, Mukhairi Ajmal dan Luqman Hakim tidak dipanggil untuk kali ini.

Jadi dengan skuad baru dibentuk tanpa pemain-pemain muda yang pernah beraksi di peringkat tertinggi, tidak peliklah Loas pun mereka tidak mampu makan.

Apa-apapun, ini bukanlah penamat kepada bola sepak negara kerana kalah dan menang itu adalah adat.

Respon selepas kekalahan ini yang kita mahu tengok. Jika FAM acuh tak acuh dan ada pihak yang menyatakan bahawa FAM menyembunyikan sesuatu, maka ada perkara pelik mengenai bola sepak kita.

Akhir kata, busuk-busuk Harimau Malaya orang kita juga.

Comments