Malaysia Berjaya Menang Biarpun Bermain Dengan Teruk

Malam tadi telah berlangsung aksi pertama Malaysia B23 menentang Thailand B23 dalam saingan Sukan Sea 2022.

Ramai menjangkakan Malaysia hanya mampu menjadi santapan yang enak bagi Thailand tetapi lain pula jadi. Malaysia yang langsung tidak diberikan harapan untuk menang, berjaya mengajar Thailand cara bermain bola sepak dengan betul melalui keputusan 2-1.

Advertisement

Hal ini merupakan satu kejutan bagi pasukan Thailand kerana sejak akhir-akhir ini, Malaysia telah mengalami penurunan prestasi yang sangat teruk.

Buktinya dalam saingan Kelayakan Piala Asia B23, Malaysia hanya mampu mencatat keputusan seri dan kemenangan tipis sahaja.

Kemuncaknya dalam saingan Piala AFF Suzuki B23, Malaysia telah ditewaskan oleh Laos sebanyak dua kali berturut-turut. Perkara tersebut membuatkan ramai berpendapat bahawa Malaysia secara perlahan-lahan sedang kembali ke zaman kegelapan.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berkata begitu kerana Malaysia B23 seringkali turun dengan skuad tempang. Malah pemain muda berprestasi tinggi di Liga Super iaitu Arif Aiman, Ramadhan Saifullah dan Hong Wan tidak pernah dipanggil untuk menyertai skuad B23.

Bukan itu sahaja, beberapa pemain yang berpangkalan di luar negara seperti Nooa Laine juga turut tidak pernah tersenarai.

Jadi Malaysia hanya bergantung kepada pemain sedia ada yang kebanyakkan diambil daripada pasukan Selangor 2 untuk membawa cabaran negara ke Sukan Sea.

Selain itu ketika para pemain B23 dipanggil untuk latihan pusat, terdapat beberapa pasukan berat hati untuk melepaskan pemain atas alasan Sukan Sea tidak berada dalam kalendar.

Bagi mengatasi masalah ini pihak Malaysia Football League telah menangguh saingan Liga Super bagi memberi ruang kepada persiapan Sukan Sea.

Biarpun kesemua pemain dapat menyertai latihan pusat, aksi yoyo skuad B23 seseolah tidak dapat diatasi.

Buktinya, Malaysia B23 telah tewas tipis 2-1 dengan antara pasukan bola sepak paling lemah di Asia.

Berdasarkan tiga faktor tersebut, peminat bola sepak tempatan hanya mampu berharap agar skuad B23 tidak diayam-ayamkan oleh pasukan lemah. Dapat seri pun dah kira okay.

Tapi skuad B23 tunjukkan bahawa mereka adalah yang terbaik dengan berjaya menewaskan Thailand.

Apa-apapun, kuatlah Selangor maka kuatlah Malaysia.

Comments