Malaysia Berjaya Layak Ke Piala Asia Setelah 43 Tahun

Malam tadi kita telah menyaksikan detik bersejarah buat skuad bola sepak Malaysia apabila berjaya layak ke Piala Asia 2023 secara merit setelah 43 tahun yang mampu mimpi basah sahaja.

Lebih membanggakan lagi Malaysia layak dengan aksi dan taktikal yang sungguh memuaskan. Perubahan yang dibawa oleh jurulatih daripada Korea Selatan iaitu Kim Pan-gon telah mengubah Malaysia daripada kucing jalanan kepada harimau sebenar.

Advertisement

Kim Pan-gon hadir pada ketika kesemua rakyat Malaysia telah putus harapan setelah melihat aksi kelakar skuad kebangsaan di Piala AFF Suzuki 2020. Apa yang lebih kelakar lagi adalah ramai core player tidak dipanggil dan kita hanya bergantung kepada pemain pilihan netizen. Kemuncaknya kita telah diayam-ayamkan oleh skuad muda Indonesia tanpa belas kasihan.

Selepas itu jurulatih telah letak jawatan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan pantas terus melantik Kim Pan-gon. Jurulatih baru ini berjanji akan membawa Malaysia ke Piala Asia dengan kenyataan tiada alasan untuk kita gagal kerana skuad kebangsaan miliki ramai pemain berkualiti tinggi.

Hasilnya adalah malam tadi seramai 23 pemain termasuk De Paula yang diberi kepercayaan oleh Kim Pan-gon berjaya mengotakan janji tersebut.

Pencapaian Kim Pan-gon ini sekaligus menepis dakwaan bahawa jurulatih import tidak mampu bersinar bersama Malaysia. Hal ini demikian kerana beberapa jurulatih import yang pernah berkhidmat dengan Malaysia tidak mampu tampilkan prestasi yang konsisten.

Antaranya adalah Allan Harris yang pernah membantu QPR naik ke divisyen 1 Inggeris dan memenangi La Liga bersama Barcelona ketika menjadi penolong jurulatih hanya mampu berikan tempat keempat Piala AFF Suzuki sahaja.

Josef Venglos pula hanya mampu membantu Malaysia memenangi Pestabola Merdeka 1986 biarpun beliau dapat membawa Czechoslovakia menduduki tempat ketiga EURO 1980 dan layak ke suku akhir Piala Dunia 1990.

Cloud Le Roy yang dianggap sebagai jurulatih terbaik untuk ubah nasib Malaysia juga turut kecundang tapi peliknya ketika bersama Ghana, beliau berjaya membawa pasukan itu menduduki ranking ke-14 dunia.

Akhir sekali adalah Nelo Vingada yang boleh dikatakan jurulatih import paling teruk pernah melatih Malaysia. Di bawah kendalian beliau, Malaysia hanya mampu catat keputusan seri dan tanpa kemenangan.

Jadi kehadiran Kim Pan-gon tidak berikan keyakinan kepada kita. Namun apa yang beliau berikan telah buat kita semua berasa sangat terkejut.

Boleh dikatakan Kim Pan-gon adalah jurulatih import kedua terbaik selepas Karl Heinz Weigang.

Comments