Semalam kita menyaksikan satu keadaan yang agak mustahil untuk berlaku biarpun dalam mimpi basah.
Tiga kelab bola sepak dari Asia Tenggara iaitu Lion City Sailors, BG Pathum United dan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mengajar kelab Korea Selatan cara bermain bola dengan betul.
Kemenangan ini merupakan kejutan yang agak besar kerana taraf bola sepak antara Asia Tenggara dan Korea Selatan jauh.
Jika kita lihat sebelum ini, kelab dari Asia Tenggara sangat sukar untuk menewaskan kelab Korea Selatan. Malah nak bagi sekelumit saingan pun agak susah.
Ini kerana kelab dari Asia Tenggara hanya mampu menjadi lauk kenduri kelab-kelab dari Asia Timur.
Buktinya ketika perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL), kelab dari Malaysia dan Thailand amat bergelut untuk menewaskan kelab Asia Timur.
Asia Tenggara hanya mampu memberi saingan kepada Korea Selatan melalui perlawanan menyebabkan skuad kebangsaan.
Walau bagaimanapun, sedikit demi sedikit kelab Asia Tenggara mula menunjukkan bahawa mereka bukanlah sayur seperti tanggapan semua.
Kemuncaknya adalah malam ini apabila Lion City Sailors berjaya menewaskan Daegu FC dengan jaringan 3-0, Jeonnam Dragons kalah 2-0 kepada BG Pathum United dan JDT mengejutkan pendahulu K-League iaitu Ulsan Hyundai melalu keputusan 2-1.
Tiga kemenangan itu sekaligus membuat kutipan mata MA ranking Singapura, Thailand dan Malaysia semakin meningkat.
Jika ketiga-tiga pasukan terus konsisten, tidak mustahil kita mampu melihat banyak kelab dari Asia Tenggara mampu memasuki peringkat kalah mati.
Ditambah lagi konsistensi ini akan membuatkan semakin banyak kelab dari Asia Tenggara mampu masuk ke peringkat kumpulan ACL tanpa mengharungi peringkat kelayakan.
Secara tidak langsung taraf bola sepak Asia Tenggara semakin meningkat. Liga-liga besar Asia juga akan menumpu perhatian kepada Asia Tenggara untuk mendapatkan pemain berkualiti.
Cuba bayangkan jika Sri Pahang dan Terengganu FC mampu melayakan diri ke peringkat kumpulan ACL.
Mungkin kedua-dua pasukan itu juga mampu memberikan saingan dan mencatat kemenangan sebagai mana JDT pada hari ini.
Apa-apapun tahniah kepada tiga pasukan Asia Tenggara yang berjaya mengayam-ayam kelab Korea Selatan.
#iSportsAsia