Semua aktiviti sukan memerlukan penggunaan otot yang sangat tinggi. Daya ketahanan dan kekuatan otot akan memainkan peranan penting untuk kualiti seseorang atlet.

Jadi bukan perkara luar biasa untuk bahawa setiap atlet akan cuba membina otot tambahan selain melakukan latihan-latihan teknikal untuk memperbaiki persembahan.

Advertisement

Terdapat banyak cara untuk membina otot dengan melakukan aktiviti senaman.

Namun walaupun dengan teknik senaman yang betul, kekuatan otot tidak dapat dibina atau ditambah kerana kurangnya nutrien yang diperlukan untuk membina otot baru.

Membina otot tanpa menjaga pemakanan untuk mendapatkan nutiren yang betul boleh dianggap perkara sia sia kerana senaman sahaja tidak mencukupi.

Terdapat banyak makanan boleh diambil untuk mendapatkan nutrien yang betul.

Telur merupakan makanan paling asas keranan telur mengandungi protien yang sangat bagus kualitinya. Selain itu, telur juga mengandungi sembilan asid amino yang penting, kolin, vitamin B dan juga lemak baik.

Selain itu, daging lembu juga boleh diambil tetapi dengan kadar yang berpatutan kerana daging lembu mempunyai lemak tepu tinggi.

Namun daging lembu tetap mempunyai protien yang berkualiti, kreatin dan vitamin B.

Daging ayam juga memainkan peranan penting kerana mengandungi protien, vitamin B dan juga vitamin B6.

Daging ayam selain dapat membina otot, ia juga dapat membantu membaiki otot yang telah cedera.

Harus diingatkan bahawa daging ayam perlu dimakan tanpa kulit kerana kulit ayam mengandungi lemak yang tinggi.

Omega 3 terdapat pada ikan juga antara nutrien yang diperlukan kerana omega 3 akan membantu menyingkirkan lemak tidak diperlukan.

Selain itu, protien asli yang terdapat dalam daging ikan akan membantu membaiki otot juga. Oat adalah makanan mengandungi karbohidrat baik kerana inders glisemik yang rendah memudahkannya mudah dicerna.

Nutrien yang terdapat di dalam oat akan memberikan kesan seperti atlet lambat berasa lapar dan mengandungi serat yang tinggi.

Karbohidrat merupakan nutrien yang diperlukan untuk terus menjaga otot dengan baik.

Penerangan diatas sebentar tadi merupakan makanan-makanan paling asas yang diperlukan untuk membina otot.

Latihan fizikal dan menjaga sistem pemakanan dengan betul perlu selari bagi memberikan keputusan yang diinginkan.

Setiap nutrien perlu ada untuk memastikan badan kita dapat berfungsi seperti biasa.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments