Malam tadi telah berlangsung perlawanan peringkat 16 terbaik melibatkan Maghribi menentang Sepanyol.
Jika dilihat atas kertas, Sepanyol memiliki kelebihan kerana tidak pernah kalah dengan Maghribi. Tambahan pula, Sepanyol merupakan pasukan yang berada dalam ranking lebih tinggi.
Tapi jangan lupa, Maghribi sedang memiliki skuad emas yang kebanyakkannya beraksi di Eropah. Tiada apa yang mustahil buat negara itu,
Bermula sahaja perlawanan kedua-dua pasukan rancak menyerang tetapi masih lagi buntu untuk menjaringkan gol. Jadi perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.
Dekat masa tambahan pun tiada sebarang jaringan dapat dicipta walaupun kedua-dua pasukan rancak menyerang. Nak tak nak, mereka perlu ke penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenang mutlak.
Sepanyol yang terlebih dahulu mengambil sepakan penalti melalui Pablo Sarabia, gagal memastikan bola itu masuk setelah ditepis oleh Yassine Bounou. 2 sepakan selepas itu menerusi Carlos Soler dan Sergio Busquest juga ditepis oleh penjaga gol.
Maghribi pula cemerlang menyempurnakan 3 daripada 4 penalti yang diambil. Apa yang paling menarik sekali adalah Achraf Hakimi yang menyempurnakan sepakan keempat lahir dan membesar di Madrid. Ironi betul apabila anak jati sendiri yang menyingkirkan Sepanyol.
Kemenangan itu juga mengingatkan kita kepada kejayaan Tariq bin Ziyad menakluk semenanjung Iberia. Ini kerana keadaannya seakan-akan sama.
Sebab Tariq bin Ziyad hanya membawa 12,000 tentera daripada Maghribi untuk menentang tentera Visigoth di Sepanyol. Manakala Maghiribi perlu menghadapi antara pasukan tekuat dunia iaitu Sepanyol di Piala Dunia.
Jadi macam mana Tariq bin Ziyad bole berjaya menakluk Sepanyol?
Kisahnya begini, Sepanyol ketika itu dibawah pemerintahan Visigoth telah dilanda perang saudara. Jadi salah seorang anak raja Visigoth ini telah meminta bantuan orang Islam di Maghribi untuk menamatkan perang saudara.
Gabenor Afrika Utara iaitu Musa bin Nusair telah mengarahkan Tariq bin Ziyad untuk mengetuai 7000 tentera mara ke Sepanyol.
Apabila sampai di Gibraltar, Tariq bin Ziyad telah bergabung dengan orang Yahudi dan tentera pemberontak bagi menghadapi gelombang 100,000 tentera Visigoth.
Akhirnya Tariq bin Ziyad berjaya menewaskan Raja Roderic lantas cuba mara ke Toledo walaupun perlu menghadapi sedikit tentangan.
Mujurlah Musa bin Nusair datang memberi bantuan dengan membawa 17,000 orang tentera. Bermula dari situ kedua-duanya bergabung untuk menakluk Sepanyol. Malah mereka juga berjaya menghampiri sempadan Perancis.
Apa-apapun tahniah kepada Maghribi kerana berjaya menyentap ego Sepanyol sama seperti nenek moyang mereka pada zaman silam