Malam tadi telah berlangsung perlawanan kedua kumpulan F melibatkan skuad warga emas Belgium menentang Maghribi.
Belgium yang hadir dengan generasi emas yang terakhir pastinya mahukan kemenangan mutlak untuk terus layak ke pusingan 16 terbaik.
Sementara Maghribi yang berjaya mengikat Croatia pada perlawanan pertama memerlukan kemenangan untuk hidupkan peluang ke peringkat seterusnya.
Jika dilihat atas kertas, Belgium miliki sedikit kelebihan kerana menang 2 perlawanan dalam 3 pertemuan menentang Maghribi. Ditambah pula ranking Belgium lebih tinggi berbanding Maghribi.
Tapi kita tidak boleh memandang rendah kepada kemampuan Maghribi kerana kebanyakkan pemain mereka beraksi di Eropah.
Bermula sahaja perlawanan, kedua-dua pasukan terus berbalas-balas serangan. Belgium miliki peluang seawal minit ke-16 untuk menjaringkan gol melalui Kevin De Bryune. Tapi berjaya ditepis oleh penjaga gol Maghribi dengan cemerlang.
Maghribi pula berjaya membuat kejutan dengan jaringan Hakim Ziyech tetapi dibatalkan setelah dikesan ofsaid menerusi VAR. Tamat separuh masa pertama, kedudukan masih terikat 0-0.
Memasuki separuh masa kedua, Belgium dan Maghribi terus mengasak untuk mencari gol pendahuluan. Nampaknya, Maghribi lebih bernasib baik apabila berjaya membuka akaun jaringan menerusi sepakan percuma yang cantik dari Abdelhamid Sabiri.
Sepakan percuma itu membuatkan penjaga gol Belgium iaitu Thibaut Courtois terus terkapai-kapai kelemasan.
Ketika perlawanan hampir sahaja tamat, Maghribi datang lagi dengan jaringan kedua lantas membunuh terus peluang Belgium untuk bangkit.
Gol itu dijaringkan oleh Zakaria Aboukhlal setelah menerima hantaran daripada Hakim Ziyech.
Tamat perlawanan, Maghribi mengatasi generasi warga emas Belgium dengan jaringan 2-0. Rasanya Belgium dah boleh moveon dengan skuad warga emas. Mereka perlukan nafas baru bagi memastikan Belgium terus mampu bersaing.