Mackenzie Hynard Sifatkan Pahang Ocean Paddle International Challenge Malaysia 2022 Penganjuran Terbaik Dunia.

Semalam bagi peringkat ke-2 Aimi Ayuni buat sedikit kesilapan dan terjatuh ketika aksi penamat setelah turun dari surfski. Kesilapan ini mudah membolehkan pendayung Thailand, Neegree Irin menamatkan perlumbaan dengan kelebihan 14 saat dihadapan.

Strategi yang bijak digunakan dengan bergerak perlahan di awal perlumbaan dan memecut setelah separuh perlumbaan bagi peringkat ke-3 Pantai Balok, Kuantan membolehkan beliau menamatkan perlumban tempat ke-2. Namun, Aimi Ayuni berkongsi keadaan kesihatan beliau yang tidak cergas seratus peratus disebabkan selsema semenjak beberapa hari.

Advertisement

Ketika ditanya mengenai apa strategi yang beliau bakal gunakan baki dua hari acara, beliau menyatakan,

“Saya akan gunakan strategi yang sama iaitu perlahan pada permulaan dan all out setelah selekoh.” – Aimi Ayuni.

Kategori Women Open International Single Ocean Race – SS1 dimenangi oleh penyandang juara dunia surfski, McKenzie Danielle. McKenzie kekal selaku pendahulu keseluruhan kategori ini untuk tiga hari berturut-turut.

Bagi kategori Men Open International Single Ocean Race–SS1 bertukar tangan apabila Mackenzie Hynard memenangi peringkat ke-3 manakala Jenkinson Kent berada ditempat kedua dan pemenang peringkat pertama dan kedua menamatkan perlumbaan ditempat ke-3.

“Ini adalah acara yang cukup mencabar dengan 5 hari acara. Pahang merupakan satu tempat yang cukup cantik. Pertama kali, saya sedikit terkejut saya belum lagi dapat menyesuaikan diri dengan cuaca dan itu antara faktor kenapa saya kehilangan masa.”

“Matlamat saya untuk menjadi juara keseluruhan dan saya perlu berusaha lebih sedikit dimana sebelum ini saya 30 saat dibelakang mereka. Namun saya tiada akan dedahkan rahsia saya tetapi banyak perlu yang perlu saya perbaiki dan lakukan sesuatu yang sedikit berbeza.

Ketika ditanya mengenai pengalaman selama tiga hari menyertai acara ini, beliau berpandangan acara ini sangat baik dan merupakan penganjuran terbaik di dunia.

“Tak keterlaluan untuk saya katakan, ini adalah acara yang terbaik dalam dunia dengan apa yang telah penganjur lakukan, kami tak perlu berbuat apa-apa dengan semuanya telah diuruskan terutama dari segi logistic dan kami hanya perlu bawa paddle ke pantai.” – Mackenzie Hynard.

Comments