Macam Mana Stadium Luar Negara Bahagikan Masa Untuk Bola Sepak Dan Konsert?

Marah betul ekor Harimau Malaya apabila FAM hanya jual 59,000 tiket sahaja untuk separuh akhir Piala AFF. Lebihan pula tak dapat dijual atas pentas untuk konsert Jay Chou sedang dibina.

Makin menyiraplah kita semua sebab tiada artis yang lebih besar daripada negara. Tapi masih ada lagi yang backup Jay Chou. Katanya main bola bukan tugasan negara. Itu belum cerita lagi jika Malaysia layak ke final. Memang rapat betul tarikh dengan konsert Jay Chou.

Advertisement

Apa yang menjadi masalah sekarang ni adalah kegagalan semua pihak untuk memastikan perlawanan bola sepak tak bertindih dengan konsert. Padahal untuk konsert tu boleh je pilih tarikh lain atau pergi je dekat Axiata Arena.

Sebab stadium dekat negara lain pun buat juga konsert. Macam Santiago Bernabeu, Rolling Stones siap buat konsert gergasi lagi di sana tapi tak lah rapat sangat dengan perlawanan bola sepak.

Sebab Rolling Stones buat konsert semasa pra-musim. Pasukan Real Madrid pula pergi buat jelajah pra-musim ke negara lain. Jadi memang tak kan terganggu.

Selain tu, Old Trafford rilek je tukar stadium jadi gelanggang ragbi dan Bon Jovi boleh buat konsert. Tak ada pun ekor syaitan merah sejati mengamuk. Sebab deme pandai setkan tarikh yang betul.

Paling legend sekali adalah Camp Nou. Rilek je Barcelona beri kebenaran kepada orang ramai untuk buat majlis kahwin. Korang nak rewang siap bawak live band pun deme ok je. Tapi kena pastikan tak bertembung dengan perlawanan melibatkan Barcelona.

Senang cerita, pengurusan masa tu penting. Bila dah jaga timing, nak buat stadium tu jadi event Honda Ketam pun orang tak kisah. Sebab tak bertindih dengan perlawanan bola sepak.

Comments