Yugoslavia ni dulu punya power, selamba je dia tapau Piala Dunia, Euro dan Olimpik. Tapi sekarang negara tu dah tiada sebab berpecah. Padahal kalau tak berpecah, Argentina dan Sepanyol tu kena belasah je dengan mereka.
Persoalannya kenapa Yugoslavia boleh berpecah, sedangkan mereka semua berbangsa Slavic?
Semuanya bermula apabila etnik Serbia yang menguasai Yugoslavia telah menarik balik status autonomi wilayah Montenegro dan Vojvodina. Dalam masa yang sama, Slovenia, Croatia dan Bosnia telah mengumumkan kemerdekaan secara sebelah pihak.
Apa lagi mengamuklah etnik Serbia di Yugoslavia dan mereka terus hantar tentera ke Slovenia. Pihak tentera mengalah tak lama lepas tu tapi etnik Serbia ni mula buat kecoh. Pihak tentera terpaksa campur tangan sampai terjadinya peperangan.
Di Bosnia and Herzegovina juga peperangan telah berlaku melibatkan etnik Bosniak dan Serb. Punyalah teruk perang tu sampai orang Bosniak terpaksa keluar dari negara mereka. Ada antaranya turut dihantar ke Malaysia.
Tidak terhenti setakat itu sahaja, wilayah autonomi Kosovo yang cuba untuk merdeka telah dihentam habis-habisan. Etnik Serb cuba mengurangkan penguasaan etnik Albania dengan melancarkan peperangan. Dari situ ribuan orang Albania telah terkorban dan orang Serb mula mendominasi Kosovo.
Sebagai balasan, NATO telah mengebom Serbia dan mengenakan sekatan ekonomi bagi menghentikan peperangan. Akhirnya, Serbia terpaksa akur dan Yugoslavia terus terbubar kepada 7 negara berbeza.