Macam Mana Raja Maghribi Bantu Negaranya Layak Ke Separuh Akhir Piala Dunia?

Piala Dunia edisi kali ini muncul dengan pelbagai jenis kejutan. Daripada gergasi yang tewas kepada pasukan kecil sehingga kegagalan kuasa bola sepak dunia layak ke 16 terbaik, semuanya memberikan warna-warni dalam Piala Dunia.

Paling menarik sekali adalah Maghribi yang diberikan harapan dan tumpuan berjaya layak ke peringkat separuh akhir. Maghribi berjaya menewaskan 3 gergasi bola sepak dunia iaitu Belgium, Sepanyol dan Portugal.

Advertisement

Tapi apa yang dikecapi oleh Maghribi hari ini bukanlah terhasil dalam masa yang singkat sahaja. Sebab kegemilangan telah dimulakan oleh Raja Maghribi pada tahun 2007.

Apa yang Raja Maghribi dah buat?

Raja Maghribi telah melabur sebanyak £12 juta untuk betulkan kembali bola sepak negaranya dengan menubuhkan Mohammed VI Football Academy.

Akademi ini miliki 8 padang bertaraf FIFA, 1 padang tertutup, 4 hotel lima bintang dan pusat perubatan. Visi dan misi utama Raja Maghribi buat akademi ini adalah untuk menghasilkan pemain terbaik untuk Maghribi dan eksport ke Eropah.

Mohammed VI Football Academy juga ada bekerjasama dengan Lyon untuk memastikan bakat-bakat muda Maghribi dapat menembusi Eropah lantas memberikan manfaat kepada skuad kebangsaan.

Hasilnya mereka berjaya melahirkan Youssef En-Nesryi, Azzedine Ounahi, and Nayef Aguerd. Kesemua pemain ini merupakan nadi penting kepada kemampuan Maghribi layak ke separuh akhir Piala Dunia.

Namun jangan lupa, FAM cawangan Maghribi juga berfungsi dengan betul apabila begitu aktif mencari pemain warisan di Eropah. FAM cawangan Maghribi juga mendesak pihak kerajaan agar melonggarkan sedikit syarat kewarganegaraan bagi memudahkan pemain warisan mewakili negara.

Usaha mereka ini membawa impak yang begitu ketara dengan kehadiran Hakim Ziyech dan Achraf Hakimi dalam skuad Maghribi.

Apa kita boleh belajar daripada Maghribi adalah duit kalau diletakkan di tempat yang betul akan memberikan hasil lumayan. FAM pula perlu bertindak lebih aktif untuk mencari pemain warisan di seluruh dunia.

Bentangkan blueprint yang betul untuk menarik mereka bermain dengan Malaysia. Tak mustahil kita mampu jadi seperti Maghribi.

Comments