Belanda ni cuma besar negeri Pahang je dan penduduk lebih kurang 16 juta. Tapi dapat hasilkan banyak pemain hebat seperti Virgil Van Djik. Malah siap layak ke suku akhir Piala Dunia setelah menewaskan USA.
Persoalannya macam mana Belanda boleh power sangat dalam bola sepak?
Bola sepak ni adalah sukan yang paling popular di Belanda. Buktinya mereka miliki lebih 1juta pemain dan 2900 kelab bola sepak. Kita pulak kelab tak banyak manapun sebab setiap tahun lingkup.
Ditambah lagi bola sepak di Belanda sangat mudah diakses dan kosnya sangat murah. Untuk kanak-kanak nak belajar main bola, ibu bapa cuma perlu labur €200 je. Tak jadi masalah besar sangat kalau setakat nak belikan jersi, kasut dan bayar yuran untuk masuk pertandingan bola sepak.
Paling best sekali tidak kiralah korang ni gemuk, rabun dan kaki bangku, semuanya boleh main bola. Jangan risau sebab kaki bangku pun boleh jadi penyerang.
Apabila dah ramai sangat kanak-kanak main bola, pasti ada di antara mereka yang miliki bakat istimewa. Jadi Belanda mula bekerjasama dengan kelab tempatan untuk mencungkil bakat mereka.
Hasilnya lahirlah pemain yang hebat seperti Robin Van Persie, Memphis Depay dan Virgil Van Djik. Tapi itulah boleh pulak dia main dengan kelab paling kelakar dekat EPL.