Luqman Hakim: Anjakan Paradigma Ataupun Dejavu

12

Selepas beberapa kemelut melanda harapan baru bola sepak Malaysia iaitu Luqman Hakim, akhirnya sah menjadi milik KV Kortrijk dengan kontrak selama 5 tahun.

Secara asasnya, situasi itu merupakan sebuah kejayaan apabila kita dapat melihat seorang lagi anak muda Malaysia berkelana ke negara luar untuk bermain bola sepak. Kali terakhir kita miliki pemain yang beraksi di Eropah adalah Nazmi Faiz Mansur.

Advertisement

Namun beberapa bulan selepas itu, Nazmi kembali semula ke Malaysia atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan untuk bermain bersama PKNS FC.

Walau bagaimanapun ada beberapa berita kurang enak kedengaran disebalik kejayaan Luqman Hakim beraksi di Eropah. Ianya dapat dilihat apabila pemilik Kv Kortrijk iaitu Vincent Tan menyatakan bahawa kelab itu tidak bersetuju untuk membawa masuk Luqman pada awalnya.

Namun dengan kuasa yang ada, beliau tetap mahukan pengurusan kelab mengambil Luqman sebagai sebahagian daripada kelab. Malahan, beliau juga menaruh harapan bahawa Luqman mampu menyinar di Eropah jika mampu tampilkan aksi yang baik.

Tindakan ini seseolah mengingatkan kita kepada isu-isu yang pernah hangat mengenai Luqman tidak lama dulu. Vincent Tan dikatakan mengambil Luqman hanya atas dasar permintaan istimewa daripada orang politik. Hal ini telah didedahkan secara umum oleh TMJ lantas mendapat kecaman yang begitu banyak.

Walau bagaimanapun, kita harus berbangga dengan Luqman di atas tindakan bijaknya ini. Ada ketika kita lihat Luqman seseolah seperti mahu kekal sahaja di Selangor II. Namun Luqman mengambil cabaran berat untuk mengembara bermain bola sepak di luar negara.

Jika Luqman sukses pasti dia akan menikmati musim terbaiknya di Eropah. Jika sebaliknya yang berlaku, Liga Malaysia membuka pintu seluas-luasnya untuk Luqman kembali. Buat masa ini sokong sahaja perjalanan karier Luqman di luar dan semoga lebih anak muda sanggup mengikut jejak langkah dia.

Oleh: Azmil Azali

Comments