Luncur Gunung Berapi – Sukan Ekstrem Baru

Di satu tempat di Nicaragua, terdapat sebuah gunung berapi yang dianggap tempat terbaik untuk pencinta sukan ekstrem. Ya, di Cerro Negro, di sinilah lahirnya sukan baru iaitu luncur gunung berapi.

Dilabel sebagai gunung berapi aktif, itu tidak menghalang peluncur dari terjun dan meluncur cerun yang penuh dengan abu dalam tempoh 40 saat. Bagi pelancong Jerman Ana Muller, ia merupakan satu pengalaman yang mengujakan. Tambahnya, terdapat banyak gunung berapi di Amerika Tengah tetapi Cerro Negro saja yang menawarkan pengalaman luncur gunung berapi.

Advertisement

Kali terakhir gunung berapi itu meletus ialah pada tahun 1999. Bagi ramai pelancong, pendakian untuk sampai ke puncak bukan sesuatu yang mudah. Tetapi sebaik saja mereka mula meluncur, ia dianggap berbaloi dengan pengalaman yang dilalui.

Sukan luncur gunung berapi mula popular pada 2006 dan menjadi penyumbang kepada industri pelancongan di bandar besar paling hampir dengan Cerro Negro, Leon. Di situ, terdapat 12 buah operator pelancongan yang menawarkan pakej meluncur gunung berapi pada harga AS$30 (RM126.15). Bagi penduduk tempatan, mereka mengambil upah mengangkat papan luncur ke puncak dengan upah yang berpatutan.

RUJUKAN

AFP. (2022, 29 Mac). ‘Volcano boarding’ sees adrenaline junkie tourists slide down slopes of active powder keg in Nicaragua. The Independent.

Sumber gambar: AFP

Comments