Jika dilihat melalui kaca mata geografi dan iklim, sangat tidak logik untuk Malaysia melahirkan atlet luncur ais.

Bahkan kalau anda cuba cari tempat meluncur ais secara semula jadi di negara itu pasti tidak akan dijumpai melainkan di beberapa tempat membeli belah.

Advertisement

Walau bagaimanapun tahukah anda pada 2018, Malaysia pernah layak ke Sukan Olimpik Musim Sejuk buat yang berlangsung di Pyeong Chang, Korea Selatan buat pertama kalinya.

Bagaimana pula, negara seumpama Malaysia boleh layak, tidakkah pelik peristiwa seumpama itu?

Malaysia berjaya melayakan diri melalui acara luncur ais berbunga (figure skating) dan ski alp.

Ketika itu, Malaysia merupakan antara kotinjen terkecil di kejohanan itu apabila hanya menampilkan dua orang atlet sahaja mewakili negara.

Walau bagaimanapun, kedua-dua atlet itu tidak mampu pergi jauh dalam sukan olimpik sejuk.

Pencapaian mereka yang berjaya melayakan diri ke temasya itu seharusnya bikin kita rasa bangga kerana menunjukan negara beriklim panas pun mampu beraksi di sana.

Bukan itu sahaja, Malaysia juga merupakan negara pertama yang memperkenalkan sukan luncur ais di saingan Sukan Sea 2017.

Sudah menjadi adat dimana pihak tuan rumah Sukan Sea pasti akan menyenaraikan sukan-sukan tradisi yang pelik untuk mereka menangi banyak emas.

Sebagai contoh ketika Sukan Sea Indonesia, negara telah mempertandingkan sukan yang begitu aneh hingga mampu menyapu hampir kesemua emas.

Namun, Malaysia bikin kejutan dengan menampilkan sukan musim sejuk seperti luncur ais dan hoki ais.

Hasilnya, Malaysia berjaya mendapatkan 5 pingat emas daripada sukan musim sejuk termasuklah luncur ais daripada keseluruhan 145 pingat emas yang dimenangi.

Emas-emas tersebut antaranya disumbangkan oleh Julian Yee dalam acara luncur ais berbunga, Anja Chong dalam luncur ais 500 meter serta 1,000 meter.

Malahan Anja Chong sendiri terkejut apabila sukan yang sangat underrated itu mencatatkan kehadiran penonton begitu memberangsangkan.

Dalam peringkat remaja juga Malaysia miliki atlet luncur ais yang bertanding di Sukan Olimpik Musim Sejuk Remaja 2020.

Individu yang dimaksudkan itu adalah Dione Tan Shu Yen, peluncur ais wanita Malaysia yang baru berumur 16 tahun.

Buat mengetahuan anda semua, Dione Tan berjaya menduduki rangking ke-24 dalam daripada 29 peluncur kategori wanita 500 meter dan rangking ke-21 daripada 28 peluncur kategori wanita 1,000 meter.

Pencapaian tersebut melayakan Dione Tan digelar sebagai ratu baru ais Malaysia.

Kesemua atlet yang melibatkan sukan itu di Malaysia bernaung dibawah Persekutuan Luncur Ais Malaysia (MISF) yang baru ditubuhkan bagi menggantikan fungi Persatuan Luncur Ais Malaysa (ICAM).

Bayangkan, sukan paling underrated di Malaysia ini juga bisa melahirkan atlet berprestasi tinggi sehingga mampu layak ke saingan tertinggi.

Sudah tiba masanya kita mengalihkan sedikit perhatian kepada sukan-sukan underrated tetapi beri percapaian tertinggi berbanding sukan popular.

Mungkin juga kerajaan boleh bertindak dengan menyalurkan lebih banyak lagi dana kepada sukan-sukan kurang dikenali.

#iSportsAsia

Sumber

Zahid Amran. (2018, Februari 18). Walaupun takde musim sejuk, dua atlet Malaysia ni layak ke olimpik musim sejuk 2018. Sos Cili. Dipetik daripada https://soscili.my/walaupun-takde-musim-sejuk-dua-atlet…/

Astro Awani. (2018. Febuari 10). Olimpik Pyeongchang 2018 : Malaysia catat sejarah penyertaan sulung. Dipetik daripada https://www.astroawani.com/…/olimpik-pyeongchang-2018…

Muji. (2020, Januari 5). Ratu ais Malaysia, Dione Tan muncul dalam ranking terbaik di Olimpik Musim Sejuk Remaja 2020. Odisi. Dipetik daripada https://odisi.my/…/ratu-ais-malaysia-dione-tan-muncul…/

Comments