Liga Super: JDT Kekal Rekod Tanpa Kalah Tewaskan Sabah

JDT menamatkan kempen Liga Super dengan bergaya tanpa mencatat sebarang kekalahan. Ini selepas pasukan bimbingan Hector Bidoglio itu berjaya menewaskan Sabah 3-0 hari ini.

Sabah yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim dengan hasrat menggondol tempat kedua sekaligus slot ke Piala AFC. Sementara JDT pula mahu menamatkan kempen liga dengan bergaya selepas menjulang gelaran Liga Super musim ini.

Advertisement

Babak pertama menyaksikan Harimau Selatan mendominasi perlawanan dengan Badak lebih banyak bertahan. Hasilnya, Bergson da Silva membuka jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-17.

Derita Sabah semakin bertambah apabila tuan rumah menambah jaringan menerusi sepakan percuma cantik Arif Aiman pada minit ke-39.

Babak kedua menyaksikan tuan rumah berusaha menambah jaringan. Hasilnya, Bergson menyumbat gol ketiga perlawanan menerusi sepakan cantik pada minit ke-55.

Dengan kemenangan ini, JDT menamatkan musim tanpa sebarang kekalahan. Manakala untuk Sabah pula, mereka terlepas slot Piala AFC liga selepas dipintas Terengganu susulan kemenangan mereka ke atas Kedah.

Satu-satunya harapan Badak untuk layak ke Piala AFC ialah melihat JDT atau Terengganu menjulang Piala Malaysia. Ini susulan kenyataan MFL yang menyatakan sekiranya hal itu berlaku, maka slot tersebut akan diberi kepada pasukan yang menduduki tempat ketiga Liga Super.

Kredit: MakanBola

Comments