Pemain-pemain Serie A dilaporkan tidak dibenarkan meninggalkan wilayah tempat mereka menetap dan menyertai pasukan kebangsaan sekiranya ada rakan sepasukan mereka dijangkiti Covid-19.
Antara pasukan yang dijangka terkesan dengan larangan ini ialah AS Roma, Inter Milan, Lazio, Sassuolo, Genoa dan Fiorentina.
Pemain-pemain ini diarah menjalani kuarantin selama 10 hari sebelum menyertai pasukan kebangsaan.
Larangan ini dijangka mengakibatkan ramai pemain ternama tidak dapat menyertai pasukan kebangsaan masing-masing.
Antara yang dijangka terkesan ialah Christian Eriksen (Denmark), Ivan Perisic (Croatia), Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Romelu Lukaku (Belgium).
Langkah tegas ini terpaksa diambil berikutan tindakan sesetengah pemain yang melanggar perintah kuarantin yang ditetapkan kerajaan Itali semasa tempoh rehat antarabangsa sebelumnya.
Pada bulan lepas, enam pemain Juventus termasuk Ronaldo dan Paulo Dybala melanggar perintah kuarantin agar dapat mewakili pasukan kebangsaan masing-masing walaupun terdapat kes seorang pemain positif Covid-19.
Akibatnya, legenda Portugal dan Manchester United itu kemudiannya disahkan positif Covid-19 semasa bersama Portugal dan terpaksa berehat beberapa ketika sebelum dibenarkan kembali beraksi.
Isu ini juga memaksa jurulatih Itali, Roberto Mancini menyenaraikan 41 orang pemain bagi membantu pasukan Azzurri melawan Estonia (perlawanan persahabatan), Poland dan Bosnia-Herzegovina (kedua-duanya perlawanan Liga Negara-Negara).
Oleh: Moustapha Abbas
Sumber
Bowmer, A. (2020). International stars from several Serie A clubs – including Inter’s Romelu Lukaku and Lazio’s Ciro Immobile – ‘are BANNED from joining up with their national sides by local health authorities’ due to having a team-mate with Covid-19. Daily Mail. Dipetik daripada https://www.dailymail.co.uk/…/Players-six-Serie-clubs…