Ramai mengimpikan untuk menjadi pemain e-sukan profesional dalam dunia ini.

Namun ramai yang tersalah langkah dan melakukan perkara kurang tepat dan secara tidak langsung menjadikan impian mereka untuk bergelar pemain profesional terpadam begitu sahaja.

Advertisement

Menjadi pemain profesional di dalam e-sukan bukannya lebih mudah jika dibandingkan dengan sukan tradisional yang lain. Tahap kesukarannya boleh dikatakan sama.

Kredit: Venture Beat

Antara perkara penting terpenting yang harus diberi perhatian adalah apakah motivasi anda dalam dunia e-sukan.

Motivasi ini sangat penting kerana akan menjadi kunci berapa lama tempoh anda untuk berkecimpung dalam arena ini.

Dugaan dan cabaran sudah pasti akan tersedia, jadi anda memerlukan motivasi yang sangat kuat.

Selain itu, pemilihan permainan video yang bersesuaian dengan kemahiran diri juga sangat penting.

Jika anda seseorang yang memiliki refleks tinggi, mungkin permainan video berkonsepkan first person shooting lebih sesuai.

Jika anda seorang yang mahir dan gemarkan permainan strategi, anda boleh mencuba permainan seperti Dota 2.

Selepas itu, anda juga perlu beinteraksi dengan komuniti e-sukan yang sama.

Walaupun mungkin e-sukan yang anda ceburi itu berkonsepkan individual, namun komuniti akan membantu anda dalam banyak aspek.

Antaranya adalah menjadi kayu pengukur sama ada anda sedang berada di landasan yang betul atau sebaliknya.

Seperti sukan-sukan yang lain, e-sukan juga amat menitik beratkan peralatan yang akan digunakan.

Peralatan untuk atlet profesional e-sukan perlu menggunakan alatan yang direka khas untuk e-sukan.

Bukan seperti peralatan komersil yang digunakan untuk aktiviti kerja harian.Konsistensi atlet juga banyak dipengaruhi oleh peralatan yang digunakan.

Bagi sesi latihan pula, untuk menjadi atlet professional, latihan yang produktif sangat dituntut.

Latihan yang produktif bukan bermaksud bermain permainan video selama berjam jam.

Latihan lebih kepada membahagikan cara cara latihan. Latihan ini juga bertujuan untuk memahami lebih mendalam tentang pengetahuan dalam permainan itu.

Akhir sekali, sebelum bergelar atlet professional, anda harus bertanding dalam kejohanan yang berskala kecil seperti hanya untuk pemain semi pro ataupun amateur.

Reputasi dan nama anda akan mula berkembang jika anda berjaya menjadi juara ataupun menewaskan nama besar dalam komuniti.

Semua langkah ini perlu diberi perhatian supaya sesiapa yang bercita-cita menjadikan e-sukan sebagai karier, akan lebih mudah untuk mencapai impian mereka. Bukan mudah untuk senang, bukan sukar untuk susah.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments