Esukan sering kali tampil di dada akhbar media masa kita. Hal ini menyebabkan lebih ramai yang berbicara tentang esukan dan berminat untuk lebih mendalami industri tersebut.

Bila berbual mengenai esukan dengan kawan kawan atau kenalan, sudah pasti perbincangan itu akan mengambil masa yang sangat lama kerana masing masing ingin melontarkan pandangan.

Advertisement

Daripada segi lontaran pandangan, gayanya hampir sahaja seperti seorang pengulas profesional esukan.

Tahukah anda bahawa anda boleh membina karier yang sangat hebat dengan bercakap mengenai permainan esukan kegemaran anda.

Jangan lupa bahawa dengan ulasan heabt kita yang akan menentukan kehangatan suasana kejohanan itu.

Perkara pertama yang harus diberi keutamaan untuk menjadi pengulas esukan yang baik adalah kita perlu mengenali diri kita.

Adakah kita jenis pengulas yang berbicara mengenai keadaan semasa perlawanan ataupun kita lebih kepada pengulas gemar menganalisis perlawanan. Kedua-dua ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara.

Pengulas semasa permainan perlu mempunyai minda yang pantas, sususan kata bersesuaian dan pengetahuan begitu tinggi tentang apa yang berlaku, berbeza dengan pengulas analisis, tugas ini lebih mengulas tentang strategi dan taktikal pihak lawan.

Pengulas ini akan memastikan segala jenis taktikal akan diketahui supaya mudah untuk dikongsi.

Selain itu, perkara yang perlu diberi perhatian adalah pengetahun tentang permainan esukan itu sendiri.

Mempunyai intonasi menarik, perwatakan yang mampu menarik penonton, atau sebagainya akan dikira sia-sia jika pengulas tidak mahu belajar tentang permainan esukan itu.

Pengulas perlu melakukan kajian sendiri untuk mengetahui trend terkini dalam permainan itu dan apa yang sering kali dilakukan oleh para pemain. Perkara-perkara seperti ini akan membezakan anda dengan pengulas esukan yang lain.

Dua perkara itu perlu diberi keutamaan untuk langkah awal bagi menjadikan pengulas esukan sebagai karier.

Apabila sudah mula bertapak, anda sendiri akan belajar perkara perkara seperti menggunakan peralatan ulasan, cara menyediakan konten baharu dan sebagainya.

Pengulas esukan sama penting seperti watak-watak lain dalam esukan. Kehangatan esukan tidak akan sama jika pengulas tidak ada.

#iSportsAsia

Oleh: AmTuah

Comments