Laluan Putrajaya-Genting Highlands Jadi Igauan Semua Pelumba

SAN MARTINO DI CASTROZZA, ITALY - MAY 31: Arrival / Johan Esteban Chaves Rubio of Colombia and Team Mitchelton - Scott / Celebration / during the 102nd Giro d'Italia, Stage 19 a 151km from Treviso to San Martino di Castrozza 1478m / Tour of Italy / #Giro / @giroditalia / on May 31, 2019 in San Martino di Castrozza, Italy. (Photo by Tim de Waele/Getty Images)

LTdL diteruskan lagi dengan perlumbaan peringkat ketiga yang bermula daripada Putrajaya dan berakhir di Genting Highlands. Perlumbaan ini memakan jarak sebanyak 123.7km yang dijangka akan menjadi laluan paling menarik di LTdL 2022.

Bagi semua pelumba, laluan ini memang agak payah untuk dihadapi dan sentiasa menjadi igauan ngeri. Ditambah pula, peringkat ketiga melibatkan laluan mendaki yang begitu melelahkan dan hanya semangat kental sahaja mampu hadapinya. Tapi lain pula bagi pelumba Colombia kerana mereka tiada masalah untuk melepasi laluan mendaki menuju Genting Highlands.

Advertisement

Sebelum ini salah seorang pelumba daripada Colombia iaitu Esteban Chaves menyatakan keadaan di Malaysia hampir sama sahaja dengan negaranya. Kepada yang kurang mengetahui, Colombia adalah sebuah negara yang terletak di Amerika Selatan dan berdekatan dengan garisan khatulistiwa. Iklim mereka juga dengan kita sama sahaja dan berkemungkinan bentuk muka bumi lebih kurang.

Berdasarkan persamaan tersebut, tidak peliklah mengapa pelumba daripada Colombia tiada masalah untuk menghadapi laluan mendaki.

Kalau dilihat berdasarkan LTdL yang lepas pada 2020, Kevin Rivera daripada Costa Rica yang mewakili Androni Giocattoli-Sidermec berjaya menjadi juara bagi laluan yang sama. Tapi menarik sekali adalah beliau menjadi juara laluan itu ketika hujan sedang melanda. Sekarang ini cuba bayangkan anda perlu berkayu secara mendaki dalam keadaan hujan?

Pasti akan menjadi sangat sukar bagi orang biasa seperti kita. Masalahnya dia bukan orang Colombia. Ya betul tapi negara Costa Rica berdekatan dengan Colombia dan alami iklim yang sama. Macam biasa pelumba-pelumba dari benua Amerika Selatan memang dah terbiasa hadapi laluan mendaki.

Adakah kita bakal melihat pelumba daripada Amerika Selatan terutamanya Colombia menjuarai peringkat ketiga?

Bagi pelumba negara pula, laluan Putrajaya-Genting Highlands sentiasa menjadi peringkat paling sukar dan menarik dalam LTdL. Hal ini juga mendapat perhatian daripada Aiman Zariff yang menyatakan beliau akan buat breakwind dulu untuk ambil dua poin terawal bagi memastikan kedudukannya selesa.

Jika Aiman Zariff berjaya lakukan seperti apa yang telah dirancang, beliau tiada masalah untuk hadapi laluan Putrajaya-Genting Highlands lantas mempertahankan jersi merah.

Apa-apapun selamat maju jaya untuk para pelumba mengharungi peringkat ketiga walaupun kelihatan agak mencabar. Diharap pelumba negara dapat membuktikan sesuatu dan kalau boleh cuba menjuarai perlumbaan ataupun cuba rebut kategori lain.

Comments